Aku bertuah hari ini dapat bangun awal walaupun sebenarnya kelas Elektronik Digital aku dibatalkan..(Accidently sahaja bangun awal.Hehe..) Macam biasalah selepas merayau dibilik rakan-rakanku yang lain, barulah kutahu sebenarnya lecturerku MC hari ini. Aku pun meneruskan agendaku untuk sanbung tidur semula hingga pukul 9.30 pagi kerana kelasku bermula jam 11.00 pagi.Sudah menjadi kebiasaanku untuk menghadiri kelas sejam lebih awal daripada masa yang sepatutnya.
Setelah menghadiri kelas TITAS pada pagi ini, aku terimbau kembali kenangan ketika di tingkatan 4 dan 5 semasa belajar subjek Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran dan AS-Sunnah. Sungguh aku rasa bertuah kerana lecturer yang mengajarku persis ustazahku, Ustazah Zakiah Othman, cikgu Syariah aku dulu semasa di tingkatan 4 dan 5. Tajuk yang diajar pada hari ini ialah mengenai Sejarah Tamadun Islam dan Perkembanganya. Selagi lagi aku rasa bertuah kerana inilah tajuk kegemaranku sejak aku di sekolah menengah lagi(tajuk-tajuk dan bab lain.. hampeh..).
Sekali lagi aku rasa bertuah kerana kebanyakkan term-term yang diperkenalkan sudahpun aku ketahui walaupun bagai nak gila aku belajar bahasa Arab semasa aku disekolah menengah dulu. Kebanyakkan rakan sekuliahku sebenarnya tidak tahu latar belakang persekolahanku kerana aku hanya berpakaian sempoi ke kelas. Setakat berT-shirt dan jeans yang membuatkanku berasa lebih selesa menjalani rutin harianku di kampus. Bukanlah aku tidak pernah atau tidak suka berbaju kurung, tetapi aktiviti dan pembelajaran yang membataskan aku untuk berpakaian begitu(ala-ala muslimah Sejati). Tapi aku bersyukur kerana penganganku masih sama walaupun imejku sedikit berubah. Tidaklah berubah sebanyak mana, sebab kalau senior-senior zaman sekolahku juga sudah faham sangat akan keperibadianku yang bukanlah seperti kata orang `ayu`.
Kepada rakan-rakan sekuliahku yang baru tahu, yang aku ni budak sekolah agama, minta maaflah. Munkin aku tidak dapat menjadi ikutan yang baik kerana perangaiku juga ala `gila-gila` dan `sempoi habis`. Kadang-kadang sekali lagi aku rasa bersyukur kerana Allah SWT itu sebenarnya Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Munkin ada hikmahnya aku ditempatkan di sekolah agama selama lima tahun. Bukan nak berbangga atau hidung tinggi, aku sering menjadi tempat rujukan mengenai beberapa perkara dalam kehidupan seharian di kolej dan termasuklah bab nikah, kahwin, cerai, dan rujuk. Wah.. Advanced sungguh rakan-rakanku. Aku rasa menjadi kewajipanku untuk menyampaikannya kerana aku belajar mengenai hal tersebut. Sabda Rasulullah SAW
Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat
Tetapi, sekadar aku ingat dan tahu sahaja. Aku tidak malu menjawab persoalan yang aku rasakan kita semua wajib tahu. Tambahan pula aku belajar mengenai perkara-perkara tersebut(walaupun aku tahu budak-budak sekaolah menengah harian juga belajar tetapi tidaklah sedalam yang aku pernah belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah. Hehe..)
Semasa menulis entry ini pun ada juga rakan-rakan sekuliahku yang menegurku kerana aku khusyuk menaip di PC PSZ. Bukan apa, sekadar hobi dan melepaskan apa sahaja yang aku rasakan sesuatu perkara itu bermakna dalam hidupku. Setiap hari-hari yang aku lalui di Kampus kurasakan ada makna yang tersirat kerana aku bakal hidup berdikari lagi. Tetapi kali ini kurasakan lebih mencabar kerana bukan terpaksa berjauhan dengan keluarga(itu sudah biasa kerana sudah lima tahun aku tinggal di asrama), tetapi terpaksa hidup dikampus seorang diri. Huhu..
kenapa?
Tak ada orang ke di kanpus tu?
Bukan.. sebab semester yang berikutnya kelasku hanya ada dua orang perempuan. Sedihkan?
Itulah.. Siapa suruh pilih Course yang tak ada perempuan..
Bukan sengaja, tetapi dah memang minatku yang sudah kurasakan sebati dengan jiwaku.
Mana tidaknya masa aku di tingkatan 3 lagi aku sudah bertanyakan Mengenai PIC daripada kakakku yang kurasakan berada tahun tiga pengajian degree. Bukanlah salah mak-mak dan ayah-ayah saudaraku yang merasakan anak-anak saudara mereka ini dah terbalik. Yang Lelaki ambil course Managemant, yang perempuan ambil Engineering.
Nak buat macam mana pakcik.. makcik..paksu..maksu.. Inilah kehidupan kami..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ah well, like the elder sister like the younger sister..kih3..welcome to the world of engineering m'dear, expect the unexpected. the world where its hard to differentiate between male and female,where the female engineer obviously think a way differ than other typical Venusians..trust me.
no offense..hiks ;-p
salam
btol 2
btol2
:-)
Thanks to my dear sis yg bnyak bg semangat.. hehehe..(kembang r tuh)
Kakakku inilah yg bnyak 'meracun' fikiranku untuk amek course ni. Hehehe.. InsyaAllah.. Aku akan teruskan perjuanganku.. (Cheywah..=P)
Terima kasih jugak poksudaus yg mnyokongku.. hehehe..
nanti akanku ceritakan lagi `penderitaanku` yang seterusnya..
Tunggu ye
Post a Comment