Thursday, January 15, 2009

Jangan Bersedih! Jadilah Diri Anda Sendiri

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 148;

Dan bagi setiap umat ada qiblatnya(sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan


Setiap manusia memiliki kelebihan, potensi dan bakat masing-masing. Dan salah satu keagungan Rasulullah SAW adalah kemampuannya untuk menempatkan setiap sahabatnya sesuai dengan kemampuan,bakat, dan potensi masing-masing. `Ali RA contohnya ditugaskan dalam bidang kehakiman, Mu`az RA dalam bidang ilmu pengetahuan,Zaid RA dalam bidang Faraid, dan Khalid Al-Walid RA dalam bidang jihad..

Ini menunjukkan bahawa Allah SWT telah menjadikan makhlukNya dengan pelbagai kebolehan dan kelebihan. Setiap makhluk ciptaanNya, ada keistimewaannya yang tersendiri. Allah SWT menciptaankan manusia untuk beribadah kepadaNya dan ditugaskan menjadi Khalifah untuk memakmurkan bumi Allah.. Allah SWT menciptaka haiwan dan tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan kepada manusia juga menjadi penghias muka bumi..



Mereka yang hanyut dalam keperibadian orang lain pada hakikatnya adalah membunuh diri, manakala memakai baju keperibadian orang lain adalah sebuah pembunuhan yang terancang.Di antara salah satu kebesaran Allah SWT adalah penciptaan manusia yang bereza sifatnya, dan masing-masing mempunyai perwatakan tersendiri serta cara berkomuikasi dan sifat fizikal yang berbeza.

Dengan erti kata lain, kita seharusnya menerima dengan penuh keredhaan setiap anugerah dan kurniaan daripada al-khalik. Biarpun ada kurniaanya tidak enak dipandang insan yang lain, tetapi yakinlah sesungguhaya Allah SWT telah menjadiakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Setiap hasil penciptaanNya ada hikmah yang tersembunyi.. Ingatlah, nilai manusia yang mulia diukur dari kemurahan hati dan sifat terpuji, bukan baju yang dipakainyaa, sepatu yang digunakannya, bukan istananya, dan bukan pula rumahnya. Sesungguhnya yang menjadi ukuran ialah nilai keilmuannya,kedermawannya,kesabarannya, dan akalnya..


Janganlah bersedih! Kerana Allah telah menciptakan bumi dengan segala isinya untukmu, telah menumbuhkan taman-taman yang memberikan pemandangan yang indah, kebun-kebun yang berisi tumbuh-tumbuhan yang indah, rimbun dan taman-taman dengan tumbuh-tumbuhan yang indah untukmu, pohon-pohon kurma yang mempunyai mayang yang bersusun-susun dan menjulang tinggi, bintang-bintang yang bercahaya, hutan belantara, dan sungai-sungai yang jernih mengalir. Mengapa kamu masih bersedih?

AiharaMiki09

No comments: