Tuesday, January 13, 2009

kecantikan yang membinasakan

Kenapa ramai wanita yang memiliki kecantikan rupa tetapi musnah kehidupannya? Ada ungkapan yang berbunyi,

"Kemusnahan akan menimpa jika wanita mula merasai dirinya cantik dan berbangga
dengan kecantikannya"

Sejauh mana benarnya, Wallahua`lam. Tetapi, apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Dia akan rosak dan merosakkan orang lain.

Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah disekeliling kita, sudah menjadi sesuatu yang lumrah, perempuan yang cantik selalu diperalatkan, diperagakan atas tujuan-tujuan komersial, dan lain-lain. Mereka rasa bangga tanpa menyedari hakikatnya mereka hanya `bidak` atau `barang permainan` kepada dalang-dalang berkepentingan.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi
kepada sebahagian artis Barat, ada yang memporak-perandakan negara, rumah tangga dan berakhir dengan bunuh diri.


Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman Rasulullah S.A.W seperti Ummahatul Mukminin Siti Aisyah R.A, Atikah bt Zaid dan lain-lain..




Kecantikan paras rupa bukanlah satu-satunya medium penilaian yang tepat kepada diri kita, tetapi CANTIK itu berbeza-beza mengikut kaca mata setiap manusia kerana `Kecantikan yang abadi terletak kepada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya`-Hamka

Kepada insan-insan yang merasakan diri mereka tidak cantik, janganlah bersedih kerana anda tetap cantik pada pandangan Allah SWT. Allah SWT telah menciptakan manusia itu bermacam-macam rupa... Setiap daripada kita ada kelemahan dan kekurangan masing-masing.. Ingatlah Allah SWT telah menciptakan manusia itu dngan sebaik-baik kejadian.Allah itu cantik, dan sukakan kecantikan.




Janganlah bersedih hati jika kamu menjadi epal di puncak pohon kerana sukar dipetik orang. Menunggu masa yang lama untuk dipetik dan dinikmati sedangkan epal-epal yang dibawah sudah lama dinikmati. Ingatlah, suatu hari pasti ada orang yang selayaknya memetikmu.. Sebaliknya janganlah merendahkan martabat dirimu dengan menggugurkan dirimu ke tanah semata-mata untuk cepat dan mudah dipetik oleh orang sedangkan kamu sebenarnya sudah ditakdirkan untuk seseorang yang selayaknya memetik epal tersebut dipuncaknya....

AiharaMikI09

No comments: