Saturday, January 24, 2009

Aku dan Kehidupanku (2)

Sekali lagi aku berbicara mengenai kehidupanku.
Kisahku kini kembali..

Kehidupan seharianku kini sepi. Kerja-kerja harianku aku settlekan dengan tulang empat aku sendiri. Selagi aku mampu, aku berupaya tidak perlulah rasanya aku meminta bantuan sesiapa. Bukan sombong atau tidak mahu dibantu, tetapi aku bertegas dengan pendirianku sendiri untuk berdikari. Ada juga rakan-rakan baikku memberi cadangan yang aku rasakan memang logik .

Kau patut cari bodyguard la..


Bukan aku tak mahu, tetapi aku merasakan kehadiran orang kedua dalam hidupku membuatkan aku rasa serba tidak kena. Munkin juga tidak kena pada masanya, atau munkin juga naluri untuk disayangi itu masih kurang. Cukuplah dahulu sekadar kasih sayang daripada keluargaku yang aku rasakan cukup membahagiakan diriku.

Alah.. Apa salahnya…Perasaan bukankah sepatutnya dikongsi?

Sudah pastilah.. Memang patut dikongsi. Bukankah hari-hari kita memang berkongsi perasaan dengan seseorang yang kita tidak perlu ragu-ragu lagi kasih sayangnya? Cuba kita ingat kembali, hari-hari kita sujud kepadaNya, berdoa kepadaNya, meluahkan isi hati kepadaNya, memohon kekuatan dan ketenangan daripadaNya. Aku merasakan itu semua sudah cukup buat diriku.

Hmmm…

Bantuan daripada rakan-rakanku dan lecturer sudah pasti yang aku harapkankan dikala aku memang memerlukan. Terima kasih atas bantuan kalian semua. Walaupun sudah pasti ada suara-suara sumbang yang bernada mengejek, mengatakan aku munkin hanya mengambil kesempatan atas kebaikan insan-insan yang sudi menghulurkan bantuan. Mahu sahaja aku katakan aku ini sudah menjadi milik orang. Bukan dengan niat mahu menipu tetapi sekadar mahu menundukkan suara-suara sumbang dibelakang sana yang kadang-kadang merimaskan diriku..

Pedulikan saja diaorang tu..

Kadang-kadang semasa perjalanan balik ke kolej, ada juga rakan-rakan sebaya denganku menegurku. Meskipun berlainan course aku bertuah student di sini sebenarnya peramah belaka. Apa yang mengejutkan aku, setiap kali ditegur sudah pasti aku akan ditanya,

“Akak pelajar tahun berapa?”.

Sebelum menjawab pertanyaan mereka sudah pasti aku terlebih dahulu tersenyum sambil menggeleng kepala.

“Saya tahun satu jugak la.”

Sudah selalu sangat aku diajukan soalan sebegitu. Kata mereka tidak pernah pula mereka lihat aku bersama pelajar-pelajar perempuan tahun satu yang lain. Itu sudah pastilah kerana kebanyakkan classmateku adalah lelaki. Ada juga yang masih ragu-ragu dengan course yang aku ambil (bukan budak engineering.). kata mereka tidak pernah pula mereka tahu tentang course yang aku ambil. Serba sedikit aku menerangkan kepada mereka. Sudah pasti ada sahaja soalan yang akan ditanya.

Mekatronik itu apa?
Elektronik pernah la dengar..


Hehehe.. sudah pastilah aku sendiripun tersenyum dengan soalan yang sebegitu. Penerangan yang serba seikit aku berikan dengan harapan tiada lagi soalan yang ditanya kerana aku sudah letih. Seharian aku dimakmal kejuruteraan. Dari pagi hingga petang membuatkan aku kadang-kadang malas mahu melayan sesiapa. Tetapi itu bukan sifatku.

Orang lain pun kelas sampai petang jugak.. Tidaklah sepenat mana pun…

Sudah tentulah sebab kebanyakkan kelas mereka bermula bukan diawal pagi sepertiku. Satu hari sahaja kelasku bermula pukul 10.00 pagi. Hari-hari yang lain, semuanya bermula pukul 8.00 pagi. Bayangkanlah seawal 6.40 pagi aku sudah termenung seorang diri di café menunggu bas. Berbekalkan komik Kreko ataupun Detektif Conan, aku melayan perasaan seorang diri tanpa aku pedulikan pandangan orang lain.

Apahal lah minah ni, pagi-pagi lagi dah gelak sorang-sorang..

Tak pasal-pasal orang cakap aku tak betul pulak. Nak buat apa lagi, takkanlah aku nak baca buku Elektronik Digital pagi-pagi buta sambil tunggu bas. Nerdnya aku..

7 comments:

Qider said...

akak pun bukan nerd, so my sister shud not be one though, shud she?

*wink wink

a word of advice (although i noe that i'm not the rite person to give);live ur student's life to the fullest.

jika tepat masa,ketika,keadaan dan SIAPA,cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada tandingannya (Tentang Cinta):insyaAllah, i'm walking towards that.n i hope, u'll too my sis, someday..

eheheh.. ;-p

nailofar_hazirah said...

hehehe..
sememangnya aku bukan kaki study atau nerd.. hahahah

kalau kaki komik atau story books maybe btol.

aiseh, ptt la cam knal jew ayat tuh. moh la kte khatam lagi Buku TENTANG CINTA tuh..
(khatam Quran skali)=P

EXilE said...

As Salamu Alaikum, Bismillah... Bercinta itu salah, jangan buat, Marilah kita berlindung pada Allah, Saya dan kamu juga sahabat sekalian. Akhi, saya berpendapat bahawa jika menyukai seseorang, sebaiknya kita merisiknya dan bertunang. Islam menyarankan kita berkenalan sebelum berkahwin, dan jika tidak sesuai, batalkan pertunangan.

nailofar_hazirah said...

jgn salah anggap..
cinta itu lumrah. cinta itu fitrah.. bergantung kepada manusia itu sendiri menguruskan cintanya. kalau kene pada caranya, xsalah bercinta,afiq.. Jgn samakan cinta yg rakan2 anda lalui pd zaman remaja.. Bila dah sampai masanya, anda akan faham ap maksud saya..
terima kasih atas nasihat anda.

Qider said...

Islam tu mudah..jgn susah2kan..kalau bercinta tu salah, kenapa Allah anugerahkan perasaan tu kan?jgn terlampau limitkan skop,kdg tak semua org 'nampak' apa yg kita 'nmpak..

well,just my two cents..diri ini pun masih bertatih untuk walk the talk,masih belajar..

nailofar_hazirah said...

Allah SWT jadikan sesuatu itu ada hikmahnya. Begitu juga Allah SWT jadikan CINTA itu sebagai fitrah kepda manusia ada hikmahnya...
:)

Anonymous said...

assalamualaikm,
skdr mmbri pndpt..=)
cnta 2 mmg fitrah n its not wrong to fall in love..
its only natural..
but untk b'cinta b4 kawin xslh dgn syrat
1.xbley msg/k0l/jmpe atas ursn cnta
2.xbley imagine o dlm erti kte lain b'angn psl psngn kte 2..
c0z these things can lead 2 zina hati..somethin yg sgt ssh nk elak sbb mnde 2 halus..

s0 lets think bout it n wt p'tmbngn sebaek ny..
wallhualm...
^-^