Sunday, January 11, 2009

Layakkah anda bercinta sekiranya.....



Layakkah anda sekiranya....
Menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang yang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda,,


Layakkah anda sekiranya....
Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis/teruna yang anda `cintai` melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung..



Layakkah anda sekiranya....
Memarahi malah sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sedangkan mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh kekasih yang anda cintai..

Layakkah anda sekiranya....
Sanggup membaca novel-novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun..

Layakkah anda sekiranya....
Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenangpun wajah ibu dan ayah yang sudah berbulan-bulan anda tidak temui..

Layakkah anda sekiranya....
Susah hati tidak menerima surat, e-mail, atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirimkan berita, menelefon, atau memberi SMS kepada ibu dan ayah di kampung..

Layakkah anda sekiranya....
Memakai pakaian sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung untuk berdating dengan Allah SWT(solat)..



Layakkah anda sekiranya....
Lebih banyak mengucapkan kalimah `I love you` berbanding kalimah zikir seperti,
subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahu Akhbar.


Renung-renungkanlah...

No comments: