Kenapela tak boleh nak tido malam ni.. mugkin juga disebabkan satu mug Nescafe panas yang telah diminum tadi.. Selepas sudah bosan melihat-lihat home Facebook, terasa pulak nak buat entri baru.. ehehehe..
Online kat depan TV sambil tengok siaran langsung Solat tarawikh dari Makkah Al-Mukarramah.. MasyaAllah.. Sayunya dengar pak Arab ni baca.. Terdetik di hati alangkah seronoknya kalau aku faham apa yang dia baca tu.. Kadang-kadang terdengar juga pak Arab ni baca surah sambil menangis.. Allahuakhbar.. Seronoknya kalau aku juga mampu menangis bila mendengar kalimah Yang Maha Suci itu..
Bukan itu saja, kadang-kadang terasa diri ini kerdil. Rugi sangat tak dapat nak faham sepenuhnya. Hanya beberapa kalimah sahaja yang dapat aku tangkap maksudnya dalam satu-satu ayat. Kadang-kadang, tak faham langsung.. Subhanallah... Agungnya kalimahMu..
Nasib baik ada terjemahan kat bawah tu.. Dapat juga aku cuba nak faham.. Tapi bahasa nya MasyaAllah.. sungguh indah kalimahMu Ya Rabbi.. Macam mana la pak Arab tu tak menangis teresak-esak baca, bila ayat-ayat kecaman dan azab daripadaMu menanti di akhirat kelak..
Ya Allah.. Ampunilah hambaMu ini..
Teringat pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya,
" Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.."
6 comments:
i miss you anis :(
kadang2 susah sangat kan nak nangis bila dgr ayat Quran..kecuali bila kita betul2 hayati..
Tqah,
I miss u too, dear..
Ashee: Sangat susah Ashee.. Harapnya kita dikurniakan kelebihan itu.. InsyaAllah..
mahu memahami juga..teringin..
iela: harapnya kita dapat peluang tu ila, insyaAllah..
Post a Comment