Yakinlah Allah itu indah dan cintakan keindahan. Tidak mungkin dia akan musnahkan segala keindahan cinta yang telah dianugerahkan olehNya dengan peraturan-peraturan dan larangan-larangan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri. Sebaliknya, dengan peraturan dan larangan itulah keindahan dan kecantikan cinta itu akan tetap terpelihara. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi. Segala peraturanNya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya.
Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua racun yang berbisa dan boleh merosakkan keindahannya. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang yang paling indah dengan seribu keindahannya. Bahkan jika cinta itu ditakdirkan untuk diteruskan ke alam syurga. Ketika itu benarlah ungkapan `Syurga Cinta`... Ketika itulah cinta akan menjadi suatu anugerah yang amat berharga.Tertolak segala racun fitnah dan hasutan syaitan laknatullah.. Ya, jangan tunggu Si dia di pintu neraka kerana di sana tidak ada cinta.. Na`uzubillah.."Betapa cinta pun seseorang itu pada perempuan cantik, kalau difikirkan akhir akibat perempuan itu, akan kuranglah cintanya"
(Hamka)
(Hamka)
No comments:
Post a Comment