Friday, August 13, 2010

.: Bila Hati Tergerak Untuk Berdoa :.


Pelik kan? Manusia biasanya akan meminta-minta apabila memerlukan. Tetapi bila dah ada dan cukup semuanya, MasyaAllah... Mereka lupa kepada pemberi nikmat. Bukankah sepatutnya apabila sudah memperoleh sesuatu, biasakan diri mengucapkan

Syukur Alhamdulillah..
Terima kasih tuhan..

Alhamdulillah.. semoga nikmat yang diperoleh akan berkekalan..

Ada juga yang tak pernah berasa cukup dengan apa yang telah dikurniakan. Sentiasa resah gelisah apabila memikirkan tentang harta-benda. Tetapi tak pernah terfikir cukupkah rasa bersyukur yang kita zahirkan untuk ditunjukan kepada pemberi?

Lecturer bagi markah bonus sebab buat assignment dengan kemas dan teratur.. Lecturer puji sebab hantar assignment tepat pada masanya..Lecturer ucap tahniah sebab dapat perfom dalam test dan final exam..

Syukur.. Alhamdulillah..

Tapi ada juga yang merungut..

Tak cukup laa..
Sikit sangat laa.. Tahniah je..
Hadiah tak ada ke..?


Lucu kan? Sudah la diberi, nak lagi pulak tu. Dah bagi betis nak peha..
Tapi bila diri ditimpa kesusahan dan kesulitan, baru menyesal kerana tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Barulah tergerak hati untuk berdoa..

Berdoa bukan hanya pada masa susah sahaja, tapi setiap masa. Berdoa untuk meminta pertolongan dan berdoa untuk mengekalkan nikmat yang telah dikurniakan. Allah SWT Maha Pemurah & Maha Penyayang..

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


No comments: