Thursday, February 5, 2009
Selamat Hari Lahir Yang ke-19 Fadila Dan Shafiq
"Sanahil wa ya jamil
sanahil wa ya jamil
sanahil wa ya sadiqii
sanahil wa ya jamil"
Selamat Hari Lahir yang ke-19 buat sahabat baikku Fadila Alias dan Muhammad Shafiq Ghazali yang menyambut hari lahir yang ke-19 pada 4 Februari dan 5 Februari. Semoga kalian berdua sentiasa diredhai dan dilindungi Allah SWT.
Iela,
Terima kasih kerana selalu hadir dalam hidupku disaat aku memerlukan. kenangan semasa dizaman persekolahan masihku simpan dalam segenap mindaku. walaupun terpisah buat sementara waktu ketika sekolah menengah dahulu, tidak sedikit pun kenangan ketika itu aku padamkan. Dirimulah tempat aku meluahkan segalanya. Menjadi pendengar setia ketika aku berduka,menjadi pendengar setia ketika aku gembira. Terima kasih kerana membuatkan aku berasa senang bersahabat denganmu. Maaf kupohaon jika ada mengguris perasaanmu samada sengaja atau tanpa kusedari. Dirimulah yang mengajarku erti persahabatan ini.
Pit,
Terima kasih juga kerana pernah hadir dalam hidupku. Aku terasa sebak bila kata-kata ini pertama kali aku luahkan.Bukan lupa atau alpa, tetapi seperti ada sebuah tembok besar yang menghalang aku berkata-kata. Kenangan pahit dahulu telahku campakkan jauh-jauh dari hatiku. Tidak berbekas langsung walaupun sedikit dihati. Tidak pernah ada rasa terkilan mahupun menyesal mengenali dirimu. Terasa perit juga sebenarnya menelan duri, namun ikatan persahabatan ini yang menjadikannya duri itu madu untuk terusku telan.
Sahabatku,
Kalianlah yang menjadikan hidupku sempurna. Kalianlah yang banyak memahami diriku. Terima Kasih tidak terhingga aku ucapkan. Syukur aku panjatkan kepada Illahi kerana mengurniakan aku sahabat seperti kalian. Aku terimbau kembali kenangan zaman persekolahan bersama-sama kalian. Walaupun ketika sekolah menengah kita bertiga dipisahkan oleh tiga negeri. Aku di Kajang,Selangor, Iela di Beseri,Perlis dan Pit di Ipoh,Perak.Jarak tidak memisahkan kita. Meskipun jarang bertemu muka, tetapi diriku masih lagi menerima begitu banyak warkah dan ucapan daripada kalian(masa tu belum bawak handphone lagi ke hostel. Hehehe..)samada kad ucapan mahupun surat. Aku amat menghargainya kerana kalian amat menghargai erti persahabatan. Walaupun tiada sebarang hadiah, kata-kata kalian sudah memadai buat diriku(Hujung tahun tuntut jgak rr..). Terima kasih kerana mewarnai hidupku.. ukhuwah Fillah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hmmmmmmm.....tragis tol la ksh ko ni..
ala.. tragis kew? yekew tragis? *wink*wink
now u do sound like me..eheh ;-p
the best way to express our feelings.. by writting
Post a Comment