Hari ini aku rasa cukup bertuah kerana dapat berbual dengan Ustazah Zakiah. Tujuan asalnya memang nak tanya mengenai assignment yang aku kena hantar dalam masa dua hari lagi, tapi selepas itu biasalah. Dah lama aku tidak berborak dengan ustazah. Macam-macam cerita keluar.. Hehehe..
Rindu sangat nak jumpa cikgu-cikgu yang telah berhempas-pulas mengajar kami semua dulu. Tiba-tiba terimbau kembali kenangan semasa sekolah menengah dulu. Aku dulu pernah menjadi posmen karat kepada rakan-rakanku.. Pernah naik turun jumpa MT BKP sebab disyaki bawak handphone ke asrama. Macam-macamla..
Dapat berborak dengan ustazah walaupun tak lama sudah cukup menyenagkan hatiku. Sudah cukup membuatkan hati aku bersemangat semula untuk meneruskan hidupku di sini. Banyak perkara yang telah kitaorang bincangkan sebenarnya. Sungguh aku berasa tenang apabila berbicara dengannya. Open minded dan senang berbincang.
Biasalah, sudah pasti banyak soalan cepu emas yang terpaksa aku jawab. Dan aku sudah menjangkakan dari awal perbualan lagi apabila topik couple dibangkitkan oleh ustazah.
Ustazah : Macam mana couple-couple bahagia time sekolah dulu?
Aku : Hmm.. tak tahulah ustazah..(buat-buat tak tahu sebab tak nak bocorkan rahsia)
Ustazah : Tak kanla tak tahu. (Tiba-tiba..) Nawal dengan Izzad ape cerita?
Hah sudah…. Mati aku nak menjawabnya..
Aku : Tak tahula ustazah.. Bahagia kot..(Memang aku tak tahu pun)
Minta maaflah kepada rakan-rakanku, aku dah terlepas cakap la kat ustazah. Tak tahu macam mana ustazah boleh tahu. Tak dapat tidak, benda yang benar terpaksalah aku mengiyakannya
Ustazah : Kamu macam mana? Takkanla tak ada orang kot.. mesti ada punya.
Sudah.. Mati aku..
Aku : Tak adalah ustazah.. Siapalah yang nakkan saya ni..
Ustazah : Tak mengapa.. Jangan putus asa. Terus berusaha. Sambil menyelam minum air
?????
Aku tertanya-tanya apa maksud ustazah..
Ustazah : Kalau kita tak berusaha, sampai bila-bila pun kita takkan dapat. Kita
jangan terlepas peluang. Peluang datang sekali sahaja dalam hidup kita.
Bila kita dah habis belajar, susah kita nak cari. Lelaki kan semakin
sedikit.. Hahahaha
Dalam ketawa ustazah itu, aku tahu ada benarnya. InsyaAllah ustazah.. Doakan saya bertemu seseorang yang mampu memimpin dan membahagiakan hidup saya. Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang fitrah seorang manusia..
Selepas berbual dengan ustazah, tiba-tiba hati aku terdetik. Macam manalah cara aku nak berusaha? Pernah tak anda terfikir? Takkanlah aku nak buat iklan pamirkan diri sendiri pulak kan.. Tak malu betul.. Tapi betul juga kata ustazah,jodoh tak kan datang sendiri kalau kita tak mencari.
Hmmm...
Kata-kata ustazah membuatkan aku semakin gelisah.…
Ustazah : Kalau boleh, lagi baik cari pelajar smap jugak.. Senang. Lagi bagus,
jangan Cari yang sebaya, cari yang tua sikit..
Aduh.. lagilah pening kepala aku.. Senior pun aku tak kenal.. Tak pernah nak ambil tahu pun.. Huhu..
Tak mengapa lah.. Memang betul apa yang ustazah cakap tu. Mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian yang telah berlaku dalam hidupku… Allah takkan bebankan umatNya jika kita tak mampu menanggungnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
USAHA itu memang penting,tapi lebih baik tumpukan pada nawaitu kita yang mmg ikhlas utk menuntut ilmu..'the thing' will come after ward..
Allah dah janjikan yang terbaik buat hambaNya yang menuntut ilmu ikhlas keranaNya, i know u aware of that sis..
Thanks.. nawaitu mmg the most important thing we should have..I`ll try my best to achieve wut should i grab in my life..
insyaAllah..
doakan sayek yewk!!
*wink*wink
Post a Comment