Monday, October 11, 2010

.: Redha Akan Anugerah Allah :.

Redha Akan Anugerah Allah, Menjadikan Anda Orang terkaya di Dunia..

‘.. sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur`
(Al-A`raf : 144)

Sebahagian besar ulama salafus-saleh dan generasi awal umat adalah terdiri daripada orang-orang fakir miskin Mereke tidak memiliki harta yang banyak, rumah yang indah, kenderaan yang baik, rupa yang menarik dan pengawal peribadi. Namun begitu, kehidupan mereka tetap bahagi kerana umur, waktu, dan kemampuan atau keterampilan mereka menjadi penuh barakah.

Sekiranya kita inginkan kebahagiaan, maka terimalah dengan rela hati bentuk tubuh yang Allah SWT kurniakan untuk anda, redhalah dengan keluarga yang anda miliki, suara anda, kemampuan daya ingatan dan pemahaman anda, dan seberapa pun penghasilan yang anda terima! Berlapang dadalah dengan apa yang anda miliki meskipun ianya sedikit dan janganlah anda merasai kekurangan..

Terdapat beberapa tokoh yang terkenal meskipun kehidupan duniawi mereka kurang beruntung. Antaranya,
`Atha` bin Rabah : seorang ilmuan yang terkenal. Beliau merupakan seorang bekas hamba sahaya, berkulit hitam, berhidung pesek, lumpuh tangannya, dan berambut kerinting

Ahnaf bin Qais : seorang tokoh bangsa Arab yang terkenall dengan kesabarannya dan seorang yang berbudi bahasa. Beliau sangat kurus tubuhnya, bongkok punggungnya, kakinya pincang, dan lemah tubuhnya.

(sumber: La Tahzan)

Bahkan Rasulullah juga pernah menjadi seorang pengembala kambing walaupun mereka termasuk dalam manusia pilihan dan sebaik-baik manusia. Budi dan sifat-sifat mahmudah yang ada bersama Baginda menjadi sanjungan para sahabat bahkan hingga ke hari ini baginda menjadi role model utama umat manusia.. Subhanallah…
Ini menunjukkan bahawa harga diri anda ditentukan oleh kemampuan, amal soleh, kemanfaatan, dan akhlaq yang anda miliki. Oleh itu janganlah anda bersedih memiliki wajah yang kurang cantik, kekurangan harta dan rumah yang tidak indah. Terimalah pemberiaan Allah SWT dengan penuh kerelaan hati.. Kerana…

`.. kami telah menentukan antara mereke penghidupan mereka dalam kehidupan dunia..`
(Az-Zukhruf: 32)

p/s: walaupun kau cantik serta kacak tak semestinya kau baik.. jaganlah kau sesuka hati berkata-kata dan memanggil orang lain dengan perkataan yang tidak disukai.. sesungguhnya kecantikan dan kekacakkan kau itu sementara.. Allah SWT lebih berhak menentukannya..

No comments: