Monday, August 30, 2010
.: I love Her :.
.: Awak..saya pergi dulu :.
Friday, August 27, 2010
.: Black and White contest :.
.: Welcome To My Bakery :.
Tuesday, August 24, 2010
.: Awak, Saya Bukan Manusia Sempuna:.
Jika kamu memancing ikan..Setelah ikan itu terlekat di mata kail..Hendaklah kamu mengambil ikan itu..Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja..Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya..Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..
Begitulah juga......
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu..Hendaklah kamu MENJAGA hatinya..Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja..Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu..dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu..
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada..Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh..Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja..Kerana apabila ia mulai RETAK,tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula..Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja..
Begitulah juga......
Jika kamu sedang memiliki seseorang..TERIMALAH dia seadanya..Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa..Anggaplah dia manusia biasa..Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN..tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA..dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat..Dan bukannya MENGHUKUMNYA..dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja..kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya..Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja..
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi..Yang kamu pasti baik untuk diri kamu...Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT..Mengapa kamu berlengah lagi?dan kamu cuba mencari makanan yang lain..Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN..Kelak, nasi itu akan BASI sendiri..dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi..Kamu akan MENYESAL..
Begitulah juga......
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN..Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu..MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU..Mengapa kamu berlengah lagi?Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..Terlalu mengejar KESEMPURNAAN..Kelak, dia akan BERJAUH HATI..dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi..
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI, kita akan BAHAGIA dan terus BAHAGIA.. itu lebih BERMAKNA~
p/s: Jikalau kesempurnaan itu yg awk kejarkan, sila teruskan. Jangan toleh ke belakang lagi setelah melepaskannya. Mungkin itu yg terbaik...
.: Cepat Masa Berlalu :.
Ini apa pulak? Haa... Ni semua dalam lab Kuasa Bendalir atau Fluid Power.. Ni just nak test function different types of valved used.. Macam-macam ada.. Penat nak ingat simbol.. Semua eksperimen ni buat by group. So, xdelah susah sangat. Cuma kene baca circuit configuration dengan betul. Kalau tak, lain la result yang dapat nanti.. Hehehehe
Yang circuit kat atas tu pulak saya generate guna Multism 2010. Ni actually assignment yang kena hantar pagi tadi. Graf ni pulak just simulate from the circuit. Nama nye drain-source transfer curve.. or VDS . Hehe..
Saturday, August 21, 2010
Tuesday, August 17, 2010
.: Cantik itu fitnah :.
HASAN AL-BASRI pada zaman mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih-lebih apabila memakai pakaian yang mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang kerana keindahan dan ramainya penduduk tinggal di kota itu.
Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat seorang wanita cantik. Melihat wanita cantik itu, Hasan lalu berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh, sambil berkata kepadanya: "Apakah engkau tidak malu?" Jawab Hasan: "Malu pada siapa?" Wanita itu berkata: "Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati."
Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya. Akhirnya ia terus mengikuti di belakang wanita itu. Wanita itu berkata lagi kepadanya: "Mengapa engkau mengikuti aku?" Jawab Hasan: "Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu." Wanita itu berkata: "Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau kehendaki." Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.
Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita itu kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan. Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di dalamnya. Melihat hal sedemikian, maka pelayan tersebut berkata: "Sungguh tuan puteri berkata: "Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan mempesonakan orang." Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata kepada dirinya: "Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu." Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis semalaman.
Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk meminta maaf atas segala kesalahannya. Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisan wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa yang berlaku. Dikatakan bahawa pemilik rumah itu telah meninggal dunia. Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari. Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di dalam syurga. Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya: "Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku." Jawab wanita itu: "Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau."
Hasan berkata: "Berikanlah kepadaku akan nasihatmu." "Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepadaNya," kata wanita berkenaan. Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan nasihat tersebut sehingga dia menjadi seorang Sufi yang masyhur di kalangan masyarakat dengan sifat zuhud dan taatnya kepada Allah SWT. Akhirnya, dia pun memperoleh darjat yang tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah SWT.
Daripada kisah diatas, adakah kita masih berasa bangga memiliki dan mempamerkan kecantikan tersebut? Rupa yang cantik itu hanya sementara.. Kecantikan sebenar adalah keindahan pada akhlak dan keperibadian.. Bukan pada FIZIKAL semata-mata.. Jadi kepada wanita-wanita yang merasakan diri mereka tidak cantik, usah bersedih kerana anda sepatutnya berasa lebih bangga kerana Allah SWT menjauhkan dosa dan fitnah dari diri kita..
Dan kepada wanita-wanita yang merasakan diri mereka cantik dan bangga mempamerkan kecantikan mereka, meranalah mereka di akhirat kelak dengan seksaan Maha Esa..
Na`uzubillah..
Sunday, August 15, 2010
Saturday, August 14, 2010
.: sayu :.
Kenapela tak boleh nak tido malam ni.. mugkin juga disebabkan satu mug Nescafe panas yang telah diminum tadi.. Selepas sudah bosan melihat-lihat home Facebook, terasa pulak nak buat entri baru.. ehehehe..
Friday, August 13, 2010
.: Bila Hati Tergerak Untuk Berdoa :.
Pelik kan? Manusia biasanya akan meminta-minta apabila memerlukan. Tetapi bila dah ada dan cukup semuanya, MasyaAllah... Mereka lupa kepada pemberi nikmat. Bukankah sepatutnya apabila sudah memperoleh sesuatu, biasakan diri mengucapkan
Terima kasih tuhan..
Alhamdulillah.. semoga nikmat yang diperoleh akan berkekalan..
Ada juga yang tak pernah berasa cukup dengan apa yang telah dikurniakan. Sentiasa resah gelisah apabila memikirkan tentang harta-benda. Tetapi tak pernah terfikir cukupkah rasa bersyukur yang kita zahirkan untuk ditunjukan kepada pemberi?
Syukur.. Alhamdulillah..
Tapi ada juga yang merungut..
Sikit sangat laa.. Tahniah je..
Hadiah tak ada ke..?
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
Wednesday, August 11, 2010
.: TEMMASYA 10 bersama classmates:.
Monday, August 9, 2010
Monday, August 2, 2010
.: Air Kelapa, Jeli Kelapa, & 100Plus :.
Terima kasih kerana kenyangkan perut saya dengan hasil kelapa..
Setelah hampir seminggu demam tak kebah-kebah..
Satu tupperware jeli kelapa dah abis..
Satu bungkus air kelapa pun dah abis, ada lagi dua bungkus...
Sangat banyak..
saya tahu la awak risaukan saya.. tapi tak perlu lah beli sebegitu banyak sekali air kelapa.. Hehehe..
Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak kerana bersusah payah belikan dan hantarkan air kelapa untuk saya..
Awak selalu ada bila diperlukan..
Sunday, August 1, 2010
.: Happy Anniversary Qider & Hubby :.
Love U so Much..!!!
.: InsyaAllah.. You`ll find the way :.
(Hamka)