"Jadi siapakah kita yang tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain? Kita hanya manusia yang turut berdosa… Apakah kita terlalu suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama manusia. Dan manusia yang paling berhak mendapatkan kemaafan itu tidak lain tidak bukan ialah sesiapa sahaja.
Petikan blog daripada satu artikel blog Ustz Pahrol pagi tadi membuatkan diriku serba salah. Sedikit demi sedikit aku memujuk diri supaya bersabar lagi.. bukan sekadar memujuk diri. tapi memang benar-benar mahu menerima hakikat yang sebenar. Menerima ujian ini sepenuh hati.. Apa juga kata-kata "pujian" mahu saja kujadikan halwa telinga meskipun perit untuk kutelan..Diri ini kurenung kembali..Kerana cinta Allah terus sudi memaafkan, dan kerana cinta jugalah kita seharusnya sudi memaafkan kesalahan orang lain hanya kerana mengharapkan kemaafan Allah. Ingatlah, kita mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita, tetapi kerana perintah Allah agar mencintai mereka!
Katakan kepada diri, betapa sukar sekalipun, kau wajib memaafkan. Memang kadangkala ada tingkah lakunya, tutur katanya atau sikapnya yang terlalu menyakitkan hati… Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa, tetapi kesalahan itu terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan? Ah, jauh sekali. Sekadar memaafkan pun begitu berat terasa di hati."
" Ya Allah.. kurniakan lah kekuatan kepada diriku untuk mengharungi segala badai yang melanda.Apa salahnya jika diri mereka aku maafkan sedangkan Al` Affu itu sifatMu yang Maha Agung.."
No comments:
Post a Comment