Aisya Humaira` adalah suatu nama yang cukup sinonim dalam sejarah Islam.. Seorang isteri yg taat kepada Allah SWT sebagai pencipta & suaminya,Rasulullah SAW yg banyak melalui segala badai untuk menyampaikan perintah daripada Yang Maha Esa.. Kisah dirinya yg sangat menyentuh hati apabila Aisya difitnah bersekedudukan dgn Safwan setelah sekembalinya mereka dari peperangan dgn Bani Mustalaq oleh munafiqun yg mahu menjatuhkan Islam.. Subhanallah..
Kaum munafiqun berkepala Abdullah bin Ubai bersorak gembira akan peluang itu untuk memburuk-burukkan islam dan dirinya yang suci. Namun Rasulullah SAW hanya boleh terdiam diri sahaja disebabkan penangguhan wahyu pada ketika itu.
Fitnah yang meluas akhirnya hampir menundukkan kebenaran apabila Rasulullah SAW dinasihati secara qiasan oleh Ali RA untuk menceraikan Aisya dalam syura baginda bersama sahabat. Usamah pula menasihati baginda agar meneruskan saja tanpa memperdulikan fitnah dusta musuh Allah.
Dalam sudut yang lain, apabila Aisya mendapat tahu akan fitnah itu maka air mata pun mula bercucuran membasahi pipinya yang putih kemerahan dan tiadalah lena malam-malamnya sehingga rasulullah menasihatinya;
“Cukuplah Aisya. Memang telah sampai ke pengetahuanku begini-begini. Sekiranya kau suci tidak bersalah, Allah akan menjelaskan kebersihan kau itu. Dan sekiranya kau bersalah, pohonlah keampunan dariNya serta bertaubatlah kepadaNya, kerana hamba yang mengakui kesalahannya kemudian bertaubat kepada Allah nescaya Allah akan menerima taubatnya itu.”
Maka bercucuranlah lagi air matanya dan berkata;
“Demi Allah, aku mengetahui segala sesuatu yang telah kamu dengar itu sehingga ianya meresap di dalam diri kamu dan kamu mempercayai semuanya. Di sini ku berkata: daku ini bersih demi Allah Dia mengetahui yang aku ini tidak bersalah, namun demikian pasti kamu tidak mempercayainya dan kalau aku mengaku sedang Allah mengetahui aku ini tidak bersalah nescaya kamu mempercayainya sebagai suatu yang benar, apa lagi yang hendak aku buat selain dari berucap apa yang telah diucapkan oleh ayah Saidina Yusuf.”
Dan Aisya pun melafazkan surah Yusuf ayat 18 yang bermaksud;
“Maka sabarlah yang lebih baik dan Allah lah tempat meminta pertolongan di atas segala apa yang kamu sebutkan itu.”
Dan tidak lama beberapa ketika selepas itu turunlah wahyu Allah dari surah an-Nur ayat 11 hingga 20 yang menyucikan kembali status Aisya dan rasulullah lantas tersenyum sambil berkata;
“Wahai Aisya, kini Allah telah pun mengisytiharkan kesucianmu dari segala noda.”
Namun diri ini tidaklah setabah Aisya Humaira`, seorang Srikandi Islam yg teguh keimanannya, taat kan suaminya, sabar hatinya, mulia akhlaknya & cukup indah zahirnya.. Sedikit sebanyak semangat dan keteguhan beliau meniupkan sedikit ruh kedalam hati kecil ini.. Semoga hati ini sentiasa tabah & sabar...
InnAllaha Ma`ana..Amin..
No comments:
Post a Comment