Wednesday, November 18, 2009

Aku dan kehidupanku (9)


Perut menyanyi-nyanyi untuk di isi.. Tapi jari-jari ini masih lagi dahaga menekan-nekan barisan huruf pada keyboard.. Baru hari aku berasa senang untuk berkata-kata. Sudah beberapa lama tidak mendapat peluang sebegini. Penulisan aku diteruskan. Setelah baru sahaja menamatkan peperiksaan akhir semester.. Sedar tak sedar, aku sudah berada di tahun 2 pengajian. Setahun setengah lagi untuk menamatkan Diploma Kejuruteraan.. Hmm.. Baru habis diploma...
Aku memujuk diri supaya bersabar.. kerana mahu memupuk kembali hati yg dahulu berkobar-kobar semakin hilang tugasnya menjadikan diri ini pencinta ilmu.. Terasa diri sudah penat dengan tugasan dan rutin harian yg mengekang.. Hidup sebagai seorang manusia yg bernama wanita yg terbatas menjalankan rutin hidup berbanding lelaki.. Huhu.. Namun bersyukur kerana masih diberi kudrat dan kekuatan untuk meneruskan amanah ini.. Alhamdulillah..

Aku sedar diri ini yg sedikit berubah pendirian.. Tetapi matlamat dan tujuan masih sama mengiring setiap perlakuan.. Hati ini masih lagi ku pujuk supaya bersabar menerima ujian dariMu. Hati yg kurasakan sepi sepanjang perjalanan kini semakin ceria dengan kehadiran dan nasihat teman-teman seperjuangan. meskipun jauh diperantauan, setiap kata-kata mereka kujadikan azimat dan bekalan untuk mengikut jejak langkah kalian. Tunggu kehadiran aku disana!!!!

Aku sedikit rendah diri dengan pencapaian yg tidak seberapa dahulu.. Tetapi, aku berjanji untuk menebusnya kembali suatu hari nanti.. Mungkin perjalanan kalian semua singkat untuk sampai kesana, tetapi perjalanan aku amat jauh.. Kadang-kadang terasa diri ini beruntung juga kerana perjalanan yg jauh itulah yg mematangkan diri ini.. Perjalanan yg jauh ini juga menjadi medan untuk menimba pengalaman hidup.. Aku bersyukur..

Kerana tautan hati.. Kita masih lagi berkomunikasi antara satu sama lain.. Kerana ukhuwah ini jugalah mengajar aku erti sahabat..

Ummu & Afiqah yg pernah melihat aku menangis teresak-esak
Ashee yg sentiasa menjadi pembakar semangat & pesaing terdekat(Hehe.. tunggu aku ek..)
Rakan-rakan sekelas yg aku rindui karenah kalian sewaktu zaman persekolahan..
Teman-teman kuliahku walaupun kadang-kadang mengguris hati aku, tetapi menjadi teman setiaku setiap hari-hariku di kampus..Menjadi guru yg setia.. Mengajar aku erti berdikari.. Dari kalianlah aku belajar erti"Rider" yg sebenar.. Haha..
Ucpan terima kasih dan penghargaan yg tak ternilai untuk kalian..

4 comments:

Qider said...

anis..
hidup dalam barakah ilmu,masih berada dalam disiplin ilmu (disiplin sebab kena mengadap exam n serba serbi pengukuran taraf akademik termasuk kerja kursus) adalah suatu rahmat yang tak semua orang dapat.
bila kita belajar,kita ada target yang hendak dicapai but once u step in to the working world,to be discipline again will be hard becoz u r on ur own,making ur own decision.
dan seperti yg akak pernah ckp kat adik2 akak (maybe i havent said this yet to you),bila Allah bg peluang kita belajar (this i mean prime education - school,matriculation,universiti,college and etc),tak kiralah peringkat mana pun, be thankful and be glad as at least we still had the chance to do justice to ourselves when not many may not have.
again,berada dalam barakah ilmu adalah suatu nikmat yg tak dapat ditukarganti,wpun kita belajar dalam ilmu teknikal.
cheers sister..life might not be easy but if we make our life harder, then it is us who didnt do justice to ourselves...u always have us,dont you? ;-)

p/s:minat mee bandung dak?

Nailofarhazirah said...

*wide smile*
*muax 30x*

me bandung? ok la.. blasah je.. asalkan sodap....

char kuew teow, sangat suke.. hikhik..

Qider said...

'.....when not many may not have'

correction : '...when many may not have'

nilah kesan sampingan menulis sambil teringat nak masak ape utk dinner..haihhh..

char kuew teow ek?ok..satgi akak balik praktis sampai jadi...

Nailofarhazirah said...

hahaha.. sy shuke, sy shuke..!!!