Tuesday, August 18, 2009

S.E.P.I

Regarding to the request from Ameen Haron,

Sepi sebuah filem karya Kabir Bhatia yang menggabungkan beberapa cerita menjadi suatu cerita disebabkan faktor accidently happened.

Takder ape yg special sebenarnye filem ni.. Cuma mesej-mesej yg nak disampaikan tu aku rasakan bermakna jika dilihat diri kita sebagai seorang manusia; lelaki atau wanita.

Sufi

Kisah seorang lelaki yg kehilangan seorang isteri yg dicintai secara tiba-tiba menyebabkan hidupnya terumbang-ambing sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja dan juga bapa kepada seorang cahaya mata. Setelah bertemu Maria, seorang wanita kesunyian barulah hidupnya kembali seperti sediakala. For my opinion, this part of the story menyampaikan mesej yg menyatakan bahawa seorang manusia takkan sedar yg sesuatu yg sentiasa berada di sekitar dirinya adalah sesuatu yg berharga, tetapi setelah kehilangannya, barulah diri kita sedar bahawa ianya sangat berharga dan bermakna dalam hidup kita.

Adam

Kisah Adam yg dilema samada mahu menerima Suzy sebagai teman hidup meskipun dia sebenarnya tidak menyintai wanita tersebut. And then at last, he supposed to express his words towards Suzy , he don`t love her. Manusia sebenarnya tahu kehendak hati masing-masing tapi, untuk meluahkannya adalah sesuatu yang sukar sepertimana yg dianalogikan dalam cerita ni..

Iman

Seorang gadis yang tidak dapat menerima hakikat bahawa kekasihnya sudah meninggal dunia. Hidup dalam dunia fantasinya sendiri dan mengganggap kekasihnya itu masih lagi berada dengannya.. Itulah kehidupan manusia jika kita merasakan kita hidup di ‘dunia kita yg punyer’ . Sukar menerima hakikat sesuatu perkara yg berlaku..

Kesimpulannya, cerita ini sebenarnya hanyalah analogi yg mengisahkan tentang pemikiran manusia, sejauh mana kita berfikir, dan sejauh mana kita sedar apa yg kita buat. Tapi kalau dari sudut CINTA tu, masing-masing boleh fikir..

No comments: