Saturday, July 11, 2009

Part time job Kat Plaza Imbi Yang Bengong oleh scam company!!! Sial..!!

Beberapa hari lepas, roomate aku ada menyatakan hasrat untuk mencari kerje parttime. Biasalah kalau dah student tu, duit memang la tak pernah nak cukup tambahan pula study tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ni. Semua mahal... Bermulalah pencarian kerja-kerja part time ni.. Harian Metro setiap hari di beli... Setelah beberapa lama mencari, maka bertemulah satu contact number.

KERANI DATA SEPARUH MASA
TAHU PC. RM 588 PER FAIL
MAHASIWA/SISWI DIGALAKKAN
03-214****8, N***a



Dengan semangat yang berkobar-kobar, roomate aku ni pun call la contact number tersebut dan dia suruh roomate aku ni pegi office dia kat tingkat 7, Plaza Imbi pada pukul 9 pagi.. Oleh kerana lambat tido malamnya, aku dengan roomate aku ni terlambatlah bangun nak pergi interview la konon. Siap nak pakai kemeja lagi. Tapi, bila memikirkan dah terlambat belasah jela pakai t-shirt dengan jeans.. Hampir pukul 11.30 kot baru kitaorang sampai.. Bila dah sampai je kat situ, ada la lebih kurang 3 pekerja kat situ. Semua perempuan. Pakai pakaian biasa pulak tuh. Kalau pakai baju kurung ke, kemeja ke.. ok la jugak. Tapi aku tengok diaorang tu pakai t-shirt dengan jeans je.. Keje office mende macam ni...??? Yang peliknya lagi, takde la pulak juru interview tu tanya kenape lambat..?Yelah, mana boleh lambat kalau nak pergi interview, btol tak?? Comfirm tak dapat kerje.Reject..!!

Lagi satu kepelikkan yang aku rasa teramatlah pelik dan mushkil sangat-sangat. korang cuba la baca perbualan kitaorang dengan pekerje-pekerje kat situ.. Aku dan Peq berbesar hatinya nak teman Ika pergi interview..


Pekerja 1: Eh, adik nak datang interview ke?
Ika : Haah..
Aku : Kitaorang tunggu kat luar jela,Ika
Pekerja 1: Eh. masuk jelah semua. Ada tempat duduk kat sini..

Aku dengan Peq pun apa lagi, dah tengok ada kerusi tu, cepat-cepatla masuk.

pekerja 2 : Adik isi nama dengan alamat dekat buku ni
Ika : Kat sini ye kak..?( dekat satu buku log panjang kat atas meja)
Pekerja 2 : Haah.. Eh, yang dua orang lagi ni pun isi la jugak. Masuk interview skali.
Aku : Kitaorang teman je kak..
Pekerja 2 : Takpe.. Masuk la dengar skali..

Sudah....

Tapi dengan tanpa perasaan aku ngan peq pun isi la.. pastu dia bagi form untuk kitaorang isi kat dalam satu bilik sebelum kene interview... Peq tak nak isi form tu.. Tapi last2 dia isi jugak

setelah lebih kurang 10 minit, baru la masuk juru interview yang akan menunterview kitaorang.. hanya memakai t-shirt sendat dan sweater beserta jeans, dengan slumbernye...

Eh, biase je juru interview ni.. tak nampak educated langsung..!!


setelah disuruh memperkenalkan diri, dia pun menerangkan tentang apa yang kitaorang perlu buat..

" korang kene ada PC atau desktop untuk menaip. Setiap satu assignment 50 helai, korang akan dibayar ment lebih kurang RM550-RM750. Perlu disiapkan dalam masa seminggu. Setiap sebulan korang akan diberi dua assignment. Upah tu akan diberi setelah dokumen yang siap ditaip dihantar kepada syarikat."

Wahh..... Sebulan dah RM1k lebih.. masyukkk tuuu........

" tapi sebelum korang dapat assignment, korang kena bayar RM168 sebagai duit deposit jaminan. Yelah.. kita kene taip dokumen company. semua tu private.."

Kene bayar pulak......

setelah berbincang sesama sendiri, kami mengambil keputusan untuk balik dan berfikir dahulu sebelum bayar. Memang 100% percaya.. pada masa tu la.. Nasib baik takde duit.

Orang cari kerje nak dapatkan duit, ini suruh kitaorang bayar duit pulak.. Ape kejadahnye....

Tapi Allah itu Maha Pengasih akan hamba-hambanya... Dia bagi kitaorang petunjuk dan gerak hati pada kitaorang. Ika suruh Angah check tentang company tu... Setelah sampai kat kolej. terus aku on laptop dan selidik tentang company tu.. Dan, dengan izin Allah, barulah kitaorang tahu, rupa-rupanya diaorang tu memang penipu besar....!!!
sebelum ni syarikat tu di assignkan dengan nama lain, dan masa kitaorang sampai kat sana lain pulak namanya..

Alhamdulillah... Kami tidak terpedaya..


Diharapkan rakan-rakan diluar sana yg nak cari kerje part time tu, berhati-hatilah dengan tipu muslihat manusia terutamanya kat bandaraya besar ni.. Macam-macam boleh jadi...

2 comments:

Sesopie said...

nceb x kne tpoo... pndei kengkwan aku ny!!

Anonymous said...

too bad i found this post too late~i dah kena tipu~~~woo...woo~~~