Thursday, April 23, 2009

Lembaran Hidup Wanita Solehah..

kecantikan wanita bukan kerana perhiasan emas dan perak padanya
Bukan juga harta dan kekayaan dunia
tetapi...
dengan solat dua rakaat menjelang subuh..
dengan air mata taubat
dahaga berpuasa dipanas mentari..
sedekah yang tersembunyi..
serta..
sujud panjang di sejadah...
mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah
Agung cintanya kepada Allah dan Rasullullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
susah dan senang rela bersama..
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasullullah yang bijak
pendorong kesusahan dan penderitaan
tiada sukar untuk dilaksanakan..
Mengalir air mataku
melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
akur dalam setiap perintah
taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
dari catatan hidup Siti Sarah..
Tabahkan jiwaku..
Setabah umi Nabi Ismail..
mengendong bayinya yang bayinya masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir..
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar..
Mampukah aku menjadi seperti mereka?
Mati didalam keunggulan iman
bersinar indah,harum tersebar
bagai wanginya pusara Masyitah..

No comments: