Sunday, May 4, 2014

.: Group?! :.

Zaman teknologi sekarang ni memang tidak dapat dinafikan tentang medium komunikasi.  Saya sendiri tak menafikan sekarang ni smartphone adalah keperluan individu, bukan lagi kehendak semata-mata. Tapi kali ini  saya bukanlah mahu perkatakan tentang kemajuan teknologi atau siapa mampu guna Note2.. siapa mampu guna iphone 5s.. siapa mampu guna Belakberi atau siapa yang hanya guna  Nokia 3310 buat baling anjing (kalau iphone mampu nak buat baling anjing pun boleh).  Bukan.

Saya dengan jujurnya berhadapan dengan masalah social group. Tak kisahlah dari Facebook, whatapp,  Yahoo messenger atau apa pun. Serious.

Halnya begini. Katakan anda di invite masuk dalam satu social group for example whatapp group. Tajuk atas group nya tertera "Dari Dapur Mat Gebu dan rakan-rakan 2014". Jelas. Semua tahu kalau sebut Dapur Mat Gebu, sudah pasti perbincangan dalam group tidak lari dari membincangkan soal resepi masakan, petua-petua masakan, cadangan dan nasihat mengenai dunia masakan atau dalam bahasa mudahnya cerita dapur lah.

Yang menjadi masalah utama ialah, group pasal cerita dapur tapi ahli-ahlinya cerita bab lipat kain dan  urus rumah. Memang sedia maklum la kalau dah bercakap soal dapur tu kebanyakan akan faham yang berada di dapur ni PEREMPUAN sahaja. Jangan silap tu. Lelaki atau perempuan ahlinya tak penting, yang penting isi perbincangannya munasabah dan boleh diterima semua ahli.  Jadi, bila group memasak bincang soal lipat kain dan urus rumah, sudah pasti ada ahlinya yang tidak sebulu. Hanya non-active members. Walaupun tidak aktif, jangan sangka non-active members ni tak ambil tahu. Mereka sebenarnya bertindak sebagai silent readers. Berhati-hati dengan silent readers ni. Bila mereka di cuit dengan perkara yang kurang disenangi, bukan setakat boleh meletup malah lebih teruk lagi.

Ini perbandingan sarkastik.

Kalau dah namanya whatapp group dah tertulis "Keluarga Haji Bakhil dan Anak Cucu" tapi perbicangannya berkisar mengenai politik semata-mata, mohon la tukar tajuk group "Politik dan Isu Semasa Keluarga Haji Bakhil dan Anak Cucu" then you all may discuss more about political issues and current issues. And one more think jangan expect semua ahli nak ikuti segala perbincangan. Macamlah kami tak ada kerja lain asyik menghadap handphone sahaja.  Siap persoalkan kenapa tak aktif dan tak ambil kisah tu memang mengundang marah. Come on, you created the group just for the sake of talking-about-someone-who-have -different- political-stand?? It is a family group. Supposed the main issue is more about family.

Anehnya, susah betol nak ambil tahu mengenai keluaga berbanding isu-isu sekunder group. Jarang pula yang bertanya khabar sakit demam, kelahiran,perkahwinan mahupun kenduri-kendara yang sepatutnya menjadi topik perbualan utama. Ini 99% isu sekunder. Isu primer mana pi?

Kalau ada yang tersinggung mahupun terasa, normal lah. Biasalah kalau ditegur secara terus katanya kurang beradab. Kalau sarkastik ni, mungkin penerimaannya tidaklah terlalu tertusuk ke jantung hati.

Jadi di sini saya ingin mengatakan, jika hal ini berlarutan Nokia 3310 adalah smartphone terbaik perlu saya beli(Konklusi ke laut teruusssssss....).

Sekian.

No comments: