Friday, May 2, 2014

.: Aku Dan kehidupanku (5) :.


Agak kecewa sebenarnya bila mengenangkan dah lama tidak aktif  meulis seperti dahulu. Bila dah reward diri sendiri dengan sebuah tab mudah-bawa kononnya akan lebih aktif menulis. Namun hakikatnya, tak seperti yang diangan-angankan.

Sedar tak sedar bakal menamatkan pengajian pada bulan Jun nanti, InsyaAllah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan. Dugaan dan ujian yang bakal diterima selepas ini juga pastinya semakin hebat.Allahuakbar.. Siapa kita mahu mempertikaikan hak DIA.Btol?

Perjalanan hidup sepanjang pengajian tidaklah begitu mudah. Ada yang menamatkan pengajian hingga ijazah dalam tempoh 4 tahun (selain jurusan perubatan).Ada  dalam tempoh 6 tahun. Ada 10 tahun. Matlamatnya sama. Mahu menggenggam segulung ijazah, namun jalan yang ditempuh itu yang berbeza. Ada yang panjang, ada yang pendek.  Alhamdulillah, walaupun bermula daripada bawah, sedikit pun tidak pernah menyesal. Malah banyak perkara yang dapat ditimba, baik dari segi pembelajaran mahupun ilmu kehidupan.

Kita tinggalkan sebentar zaman universiti.

Beralih kepada kehidupan sebenar atau real life, ternyata perbezaannya sungguh ketara. Hujung-hujung pengajian di universiti masih tersisa, namun tak sama hakikatnya dengan kehidupan nyata.

Baki bil pengajian yang masih tertunggak atau outstanding..
Bil dan kos untuk hari konvokesyen..
Peluang pekerjaan selepas graduasi..
Bayaran balik pinjaman pelajaran atau loan..

Semua dalam kepala. Mess up.
Itu belum lagi menghadap persoalan fasa-kehidupan-seterusnya. Juga persoalan real life tu. Mwuhahaha..

Tetapi masih punya matlamat yang masih belum terlaksana.
Masih belum cukup persediaan mental fizikal.
Masih belum punya sumber kewangan yang kukuh..




Allah SWT sebaik-baik perancang..



No comments: