Friday, September 19, 2014

.: Aku Dan Kehidupanku (6) :.

Entah sudah kali ke berapa menyatakan kekecewaan dengan diri sendiri kerana tak konsisten menulis lagi seperti dulu..
Haih..

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah SWT dengan nikmat yang tak pernah putus.
Alhamdulillah.. Nampaknya sudah move forward dengan satu fasa kehidupan yang baru..

Hoi..! Bukan Kahwinlah!!

Twitter memang tak boleh tinggal. Eh

Macam biasa, bukanlah 100% kerja di pejabat. Memang dari dulu lagi tak pernah berangan nak kerja di office. Kalau dah nampak Safety Helmet tu, faham-faham sahajalah. Itulah teman sejatiku. Kehkehkeh

Okay, gelak takyah nak over sangat.

Kalau dah dari dulu lagi selalu jadi lone ranger, memang sampai kerjalah jadi lone ranger. Pergi site, melepak, mengeteh, dan etc. Dulu selalu merungut jugak, kenapa lah selalu sangat jadi lone ranger, but at last kena terima jugak. Allah SWT dah aturkan semuanya. Istilah lone ranger tu jangan salah faham pulak, bukan bermakna jad kera sumbang. Bukan.. Bukan.. Bukan.. What I mean is, be an only girl in a team. Yes, only me.


Nampak? Hi boss. Teheeee...
Heret Safety boot setiap hari. 
srettt.. sreet... srettt...

Memang dari dulu lagi bercita-cita nak masuk field ni. Alhamdulillah. Allah makbulkan. Pastu, padan muka bila kena heret dengan boss pergi site visit. Yang paling tak boleh terima, boss siap suruh beli sun block. Gelak dalam hati. 



p/s: Cukuplah, nak kena panjat bumbung pasang padlock. Gegeh nya Abg Man ni.. 




Sunday, May 4, 2014

.: Group?! :.

Zaman teknologi sekarang ni memang tidak dapat dinafikan tentang medium komunikasi.  Saya sendiri tak menafikan sekarang ni smartphone adalah keperluan individu, bukan lagi kehendak semata-mata. Tapi kali ini  saya bukanlah mahu perkatakan tentang kemajuan teknologi atau siapa mampu guna Note2.. siapa mampu guna iphone 5s.. siapa mampu guna Belakberi atau siapa yang hanya guna  Nokia 3310 buat baling anjing (kalau iphone mampu nak buat baling anjing pun boleh).  Bukan.

Saya dengan jujurnya berhadapan dengan masalah social group. Tak kisahlah dari Facebook, whatapp,  Yahoo messenger atau apa pun. Serious.

Halnya begini. Katakan anda di invite masuk dalam satu social group for example whatapp group. Tajuk atas group nya tertera "Dari Dapur Mat Gebu dan rakan-rakan 2014". Jelas. Semua tahu kalau sebut Dapur Mat Gebu, sudah pasti perbincangan dalam group tidak lari dari membincangkan soal resepi masakan, petua-petua masakan, cadangan dan nasihat mengenai dunia masakan atau dalam bahasa mudahnya cerita dapur lah.

Yang menjadi masalah utama ialah, group pasal cerita dapur tapi ahli-ahlinya cerita bab lipat kain dan  urus rumah. Memang sedia maklum la kalau dah bercakap soal dapur tu kebanyakan akan faham yang berada di dapur ni PEREMPUAN sahaja. Jangan silap tu. Lelaki atau perempuan ahlinya tak penting, yang penting isi perbincangannya munasabah dan boleh diterima semua ahli.  Jadi, bila group memasak bincang soal lipat kain dan urus rumah, sudah pasti ada ahlinya yang tidak sebulu. Hanya non-active members. Walaupun tidak aktif, jangan sangka non-active members ni tak ambil tahu. Mereka sebenarnya bertindak sebagai silent readers. Berhati-hati dengan silent readers ni. Bila mereka di cuit dengan perkara yang kurang disenangi, bukan setakat boleh meletup malah lebih teruk lagi.

Ini perbandingan sarkastik.

Kalau dah namanya whatapp group dah tertulis "Keluarga Haji Bakhil dan Anak Cucu" tapi perbicangannya berkisar mengenai politik semata-mata, mohon la tukar tajuk group "Politik dan Isu Semasa Keluarga Haji Bakhil dan Anak Cucu" then you all may discuss more about political issues and current issues. And one more think jangan expect semua ahli nak ikuti segala perbincangan. Macamlah kami tak ada kerja lain asyik menghadap handphone sahaja.  Siap persoalkan kenapa tak aktif dan tak ambil kisah tu memang mengundang marah. Come on, you created the group just for the sake of talking-about-someone-who-have -different- political-stand?? It is a family group. Supposed the main issue is more about family.

Anehnya, susah betol nak ambil tahu mengenai keluaga berbanding isu-isu sekunder group. Jarang pula yang bertanya khabar sakit demam, kelahiran,perkahwinan mahupun kenduri-kendara yang sepatutnya menjadi topik perbualan utama. Ini 99% isu sekunder. Isu primer mana pi?

Kalau ada yang tersinggung mahupun terasa, normal lah. Biasalah kalau ditegur secara terus katanya kurang beradab. Kalau sarkastik ni, mungkin penerimaannya tidaklah terlalu tertusuk ke jantung hati.

Jadi di sini saya ingin mengatakan, jika hal ini berlarutan Nokia 3310 adalah smartphone terbaik perlu saya beli(Konklusi ke laut teruusssssss....).

Sekian.

Friday, May 2, 2014

.: Aku Dan kehidupanku (5) :.


Agak kecewa sebenarnya bila mengenangkan dah lama tidak aktif  meulis seperti dahulu. Bila dah reward diri sendiri dengan sebuah tab mudah-bawa kononnya akan lebih aktif menulis. Namun hakikatnya, tak seperti yang diangan-angankan.

Sedar tak sedar bakal menamatkan pengajian pada bulan Jun nanti, InsyaAllah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan. Dugaan dan ujian yang bakal diterima selepas ini juga pastinya semakin hebat.Allahuakbar.. Siapa kita mahu mempertikaikan hak DIA.Btol?

Perjalanan hidup sepanjang pengajian tidaklah begitu mudah. Ada yang menamatkan pengajian hingga ijazah dalam tempoh 4 tahun (selain jurusan perubatan).Ada  dalam tempoh 6 tahun. Ada 10 tahun. Matlamatnya sama. Mahu menggenggam segulung ijazah, namun jalan yang ditempuh itu yang berbeza. Ada yang panjang, ada yang pendek.  Alhamdulillah, walaupun bermula daripada bawah, sedikit pun tidak pernah menyesal. Malah banyak perkara yang dapat ditimba, baik dari segi pembelajaran mahupun ilmu kehidupan.

Kita tinggalkan sebentar zaman universiti.

Beralih kepada kehidupan sebenar atau real life, ternyata perbezaannya sungguh ketara. Hujung-hujung pengajian di universiti masih tersisa, namun tak sama hakikatnya dengan kehidupan nyata.

Baki bil pengajian yang masih tertunggak atau outstanding..
Bil dan kos untuk hari konvokesyen..
Peluang pekerjaan selepas graduasi..
Bayaran balik pinjaman pelajaran atau loan..

Semua dalam kepala. Mess up.
Itu belum lagi menghadap persoalan fasa-kehidupan-seterusnya. Juga persoalan real life tu. Mwuhahaha..

Tetapi masih punya matlamat yang masih belum terlaksana.
Masih belum cukup persediaan mental fizikal.
Masih belum punya sumber kewangan yang kukuh..




Allah SWT sebaik-baik perancang..