Friday, November 8, 2013

.: Ungu Itu Cinta (part 2) :.

Selepas mendapat respon positif daripada Syazni Alia, Azfar Hafiz berasa lega dan ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dia yakin Alia juga berperasaan seperti dia.                                                                       

                                                               ***************

Selepas keputusan SPM diumumkan Alia dan Azfar masing-masing memperoleh keputusan yang cemerlang dan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Azfar mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala Alia menolak untuk berjauhan dengan keluarga. Alia membuat keputusan untuk belajar di dalam negara dalam jurusan kejuruteraan.  

"Jangan la risau, ibu.. KL dengan Cheras tak jauh beza.. Bukannya new environment ibu. InsyaAllah, Alia boleh jaga diri. Bukan Alia pergi UK.. KL je bu.." jelas Alia.

"Ibu tahu. Bukan itu yang ibu maksudkan. Ibu tahu anak ibu berdikari orangnya. Masakan ibu nak lepaskan Alia belajar kat boarding school masa umur Alia 13 tahun"tegas ibu.

"Dahtu ibu.. Kenapa nak risau?" Alia masih tak faham.

"Ibu cuma tak nak jauh-jauh lagi dengan anak ibu. Ibu ada Alia je. Kalau ayah outstation, mesti ibu sunyi,"jelas kegusaran seorang ibu untuk berjauhan dengan anaknya sekali lagi.

"Jangan risau bu. Alia boleh balik tengok ibu selalu. Setakat KL bu, dekat je" ujarnya lagi. Mahani sudah tidak dapat menyangkal kata-kata anaknya lagi. Dia terpaksa akur dengan kehendak anaknya itu.  

Menjadi pelajar tahun akhir bukanlah mudah bagi Syazni Alia. Tambahan pula sebagai seorang pelajar kejuruteraan. Masih ada dua hari lagi untuk dia menghantar thesis untuk projek tahun akhir.  

Tangannya leka menaip mesej pesanan untuk dihantar kepada supervisornya. Tanpa melihat ke hadapan Syazni Alia tanpa sengaja terlanggar seseorang.  

"Sorry, sorry, sorry. Saya kelam kabut sikit tadi" ujar Syazni Alia sambil tangannya pantas mengutip buku catatan dan beberapa fail miliknya.

" Tak apa, saya faham. Final year student kan.. Mesti kelam kabut" ujar Shahril Akmal. Syazni Alia senyum lalu terus berlalu pergi tanpa mempedulikan Shahril Akmal. Syazni Alia berlalu pergi sambil diperhatikan oleh Shahril Akmal.

"Lantaklah, aku bukan kenal pun mamat tu," bisik hati Alia.    

                                                   ***************
Penutup komputer ribanya dikuak. Ternyata bermode hibernate. Azfar terlupa mematikan komputer ribanya malam tadi gara-gara tertidur di meja belajar.
"Tinggal lebih kurang tiga minggu sahaja lagi rupanya. Cepat betul masa berlalu.."  bisik hatinya sambil jarinya ligat menyentuh skrin tabnya. Applikasi planner di tabnya diteliti satu persatu. Memeriksa jika ada tarikh penting perlu tindakannya. Ternyata dalam masa terdekat tiada perkara penting yang perlu dia lakukan. Cuma dia teringat pesanan ringkas daripada Alia minggu lepas masih belum dia balas.

• Assalamualaikum.  Maaf Lya, saya sibuk sikit minggu lepas

Beberapa minit kemudian, mesejnya berbalas.

• Waalaikumussalam. Takpe. Lya faham. Lya kat sini            pun sama. Tak lama lagi dah nak start internship.
 
• Alhamdulillah. Lega rasanya. InsyaAllah, kalau semuanya berjalan
  lancar, saya akan pulang ke M'sia hujung bulan nanti :)

• Seriously?
• InsyaAllah. Lya dah sedia?

• Sedia? Sedia untuk apa?

• Untuk jadi suri hidup Azfar..:P

"Alamak, ni kategori propose ke apa ni? Nak jawab apa ni?" Alia mundar -mandir di bilik tidurnya. Mujurlah dia di rumah. Kalau di kolej, sudah pasti teman sebiliknya tidak senang duduk dengan tindak-tanduknya. Tiba-tiba notifikasi telefon bimbitnya berbunyi.

• Amboi, lamanya nak reply.. Azfar gurau.. Jangan ambil hati.
  Hee.. :D

Mesej terakhir Azfar dibiarkan tanpa di balas. Azfar sedikit kecewa dengan tindakan Alia. Memang dia bergurau, tetapi soalannya serius. Dia perhatikan kereta yang lalu lalang dari tingkap bilik. Buku kecil berwarna ungu diselak. Satu persatu. Entah kali ke berapa di ulang-ulang baca. Tak pernah jemu. Tulisan kecil dan kemas itu saban hari menjadi tatapannya tatkala hatinya dirundung perasaan rindu. Berjauhan dengannya bukanlah sesuatu yang mudah. Hanya teknologi
menjadi penghubung mereka.

Alia masih berkira-kira untuk membalas mesej Azfar. Dia sedar hubungannya dengan Azfar sejak setahun lepas sedikit renggang gara-gara kehadiran orang ketiga.  Bukan dia tidak percayakan Azfar, tapi sedikit sebanyak kesetiaaan yang sudah hampir 5 tahun dipertahankan sedikit goyah memandangkan keadaan mereka yang berjauhan. Terpisah antara dua benua. Sudah banyak suka duka yg dia lalui. Dia sudah banyak berkorban perasaan. Satu persatu kesetiaannya diuji. Baginya, semua lelaki sama. Suka menganggap wanita lemah dan senang diperbodohkan.

Telefon bimbitnya berdering lagi. Skrin telefon bimbitnya terpampang notifikasi panggilan video menerusi applikasi Skype. "AZFAR HAFIZ ". Panggilan video tersebut diabaikan. Dia masih belum bersedia untuk jawab sebarang soalan daripada Azfar Hafiz.

*************

"Ibu Azfar dah telefon ibu. Katanya dia dengan keluarga akan datang minggu depan," jelas Mahani kepada anaknya. Hal itu tidak perlu disembunyikan daripada  pengetahuan Alia. Alia cuma tersenyum. Masakan dia tidak tahu mengenai hal itu.
"Alia serahkan semua ni pada ibu dan ayah. Selama ni ibu dan ayah dah ikutsemua kemahuan Alia, jadi kali ni Alia ikut persetujuan ibu dan ayah. Baik bagi ibu, baik juga bagi Alia," jawabnya jujur.

Mahani melepaskan nafas kelegaan. Takut juga kalau-kalau Alia menolak. Alia memang sukar diramal sikapnya. Sebagai seorang ibu, sudah pasti Mahani tahu bagaimana tindak-tanduk anak tunggalnya itu.

Hujung minggu itu, Azfar Hafiz dan keluarga datang untuk menunaikan hajat yang selama ini mereka tunggu-tunggu. Syazni Alia kini sah menjadi tunang Azfar Hafiz. Majlis berlangsung dalam suasana sederhana dan hanya dihadiri saudara mara.


Bersambung.......




P/s: sorry semua. Ambik masa lama sangat utk sambung... hiks. kalau xpaham, boleh baca part 1 ye.. atau boleh capai part 1 dgn label cerpen. TQ

Tuesday, July 2, 2013

.: Testing Testing Testing :.

Salam dan selamat petang.
Hiks..
Sekarang dah boleh update di mana-mana sahaja.. Terima kasih baby girl!

Wednesday, June 26, 2013

Tuesday, June 25, 2013

.: Red Velvet Cake Di tengah Malam :.


Salam. Selamat pagi. Eh, bukan pagi lagi dah.. dah malam.. Saya di lab membuat pekerjaan di masa cuti..
Bhahaha.. bapak.. ayat nak skema..

Jadi dah blurr tak tahu nak buat apa,update lah kejap.. Maklumlah, nak melompat-lompat kat luar, tak boleh. Udara tak sihat. May Allah ease everything. Let the haze be the biggest hikmah to us.. 


So, sempena menyambut diri sendiri nak bali kolej untuk sambung buat kerja, hadiahkan diri sendiri dengan Red Velvet Cake baking-an sendiri. Dengan dibantu oleh cousinku Kak Nja a.k.a. Kak Manja. 

I do googled the recipes from internet, but buat sikit modification and jadikan  my recipe. Hahaha.. Boleh try.

KEK
3 cawan self-rising flour
2 sudu besar baking powder
3 biji telur
15 sudu besar gula kasar
1 ketul butter
1 sudu kecil emulco
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil esen vanila

BUTTER MILK
2 cawan susu full cream
2 sudu besar jus lemon

BUTTER CREAM
1 ketul butter
1 cawan

Bahan-bahan seperti tepung dan baking powder, ayak je. Pastu pukul mentega dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanila, sket2 putih telur dulu, dah macam nak kembang tu, baru masukkan kuning telur. Pastu, masukkan coklat emulco dan pewarna merah. Sambil2 tunggu bahan tu sebati, kacau susu full cream dan perahan leon untuk buat butter milk dan masukkan dalam mixer tu. Last skali baru masukkan bahan2 yg di ayak. Pastu, bakar dlm oven mcm biasa.

Cara-cara buatnya sama macam kat internet.. cuma buat modification kat quantity dan beberapa bahan sahaja..hee.. Do enjoy looking the pictures. Bhahaha..







Contohnya, saya tak gunakan serbuk coklat, tetapi gunakan choclate emulco. Bau kek lagi wangi. Kalau nak cepat masak, tak perlu guba loyang atau tin pembakar, masukkan terus dalam cup. Kek dalam loyang biasanya amek masa 45 ke 50 minit untuk masak. kalau masukkan dalam cup, 30 hingga 35 minit dah masak. Kalau saya, memang gemar guna cup sebab senang nak makan. Tak perlu nak potong unless buat kek untuk certain majlis. Hee.. Untuk toping atau cream, saya lagi suka butter cream daripada cream cheese. Just pukul butter dan gula. Kalau nak best lagi, masukkan sikit serbuk nescafe. Aummm.. rasa dia lagi marvelous. Heee..

Aummmm...

Dah makan, tak pandai nak buang.. 

Sekian.


Thursday, May 30, 2013

.: Mana Hati? :.

Assalamualaikum dan selamat malam. Mungkin juga selamat tengah malam.Hahaha.. Jadi seperti biasa, masa cuti sahaja yang mampu melunaskan hajat mengarang ayat2 tak tentu hala. Kehkehkeh.. Ok, tujuan asal dah hilang.


"Aku teringat pasal dulu2.. Biasalah bila dah tak buat apa2 ni, kisah silam mulalah nak menyinggah.
Kalau aku sibuk, mana aku nak ingat benda2 ni semua"

".... deep inside punya problem..."

"... aku dah lama tunjuk kuat... kadang2 rapuh juga."

" Hati aku dah tertutup nak terima sesiapa pun dalam hidup aku.. Biarlah aku macam ni sampai bila2.."


Contoh ayat manusia tak ada hati. Mana hilang? Carilah sendiri.. Buka mata, buka fikiran. Sampai bila nak jadi manusia yang mati hati?


Carilah hatimu di 3 tempat..
 Cari hatimu sewaktu membaca Al-Quran.
Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui,juga carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati.
Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, mintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada saat itu kau tidak lagi mempunyai hati."
(Imam Al Ghazali)


p/s: punggah bakul kain cari HATI..

 

Saturday, May 11, 2013

.: Good Bye Semester 6 :.


Assalamualaikum and very good morning.. Hesheshes.. Truly sorry because lama sangat tak update. Most of the time have to concentrate on study. YES. Doesn't mean study nk kena belek buku memanjang, kan? Sleep also a part of it. Hahaha..

And Alhamdulillah almost finish for this semester.. Dah selesai FYP1 punya presentation.. Now tengah final exam. Dah bosan belek buku, ngadap blog kejap. Heee...
Agaknya aku ni pattern update blog awal sem and hujung sem je kot =_="


Pesen gwiyomi lepas present.. Heshesheshes.. *facepalm


And, Peacee!!! Sebab itulah sahaja modal saya. Tayang gigi dan peace. Errr.. ok, ye. sila perasan gigi dah tersusun.. ngeh3.. Tak menyempat nak update pasal braces pun.. Tak pe lah. Sekurang-kurangnya hasilnya sudah nampak. Ehee.. By the way, Selamat menghadapi Final Exam. Wish me all the best for this semester sebab pointer dipantau supervisor. ohh.. Tidak.. 



Ganbarimasu!!!




Thursday, January 24, 2013

.: Stress itu Normal :.

salam..
hi seteress.. Jangan melawat saya lama-lama sangat.. Saya penat..
Saya tahu ianya normal, tapi saya masih lagi penat..




Salam Maulidur Rasul

Sunday, January 20, 2013

.: Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..:.


Alhamdulillah..

     Walaupun baru nak update sebab blog bersawang ni. Allah.... Lama sungguh. Saya sudah pasti rindukan masa-masa yang terluang dan dihabiskan dengan menulis. Rindu saat itu. Disebabkan kekangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan, saya terpaksa berhenti sebentar utuk menulis. Tahun tiga di universiti amatlah menjadi pembunuh semangat saya untuk menulis. InsyaAllah pada semester ini, jadual kuliah dan lab tidaklah sepadat semester lepas. Alhamdulillah... Tapi, semester ni terpaksa berhadapan dengan Projek Tahun Akhir a.k.a FYP. Semester depan adalah tahun akhir pengajian saya. Semoga dipermudahkan..


   Tapi, apa yang pasti dalam tempoh 7 bulan lepas, banyak perkara yang dah berlaku. Sedikit sebanyak menjejaskan sedikit motivasi diri saya. Bukan hilang terus, tetapi sedikit terjejas. Allah.. Tapi betullah hidup ni tak selalunya nak indah je. Kadang-kadang terselit juga kepahitannya. Sebagai manusia biasa, saya tak boleh lari dengan masalah. Apa-apa yang terjadi, kumpulkam kekuatan untuk berhadapan dan menyelesaikannya..

Alhamdulillah..

      Saya punya keluarga yang sangat memahami. Ibu bapa yang tidak pernah mendesak, adik-beradik yang memahami, serta saling menghargai antara satu sama lain. Merekalah keutamaan dalam hidup saya. Merakalah sumber inspirasi saya. Merekalah pahit manis hidup saya. Meraka jualah sumber kekuatan saya. Alhamdulillah.. terima kasih Allah.