Alhamdulillah..
Walaupun baru nak update sebab blog bersawang ni. Allah.... Lama sungguh. Saya sudah pasti rindukan masa-masa yang terluang dan dihabiskan dengan menulis. Rindu saat itu. Disebabkan kekangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan, saya terpaksa berhenti sebentar utuk menulis. Tahun tiga di universiti amatlah menjadi pembunuh semangat saya untuk menulis. InsyaAllah pada semester ini, jadual kuliah dan lab tidaklah sepadat semester lepas. Alhamdulillah... Tapi, semester ni terpaksa berhadapan dengan Projek Tahun Akhir a.k.a FYP. Semester depan adalah tahun akhir pengajian saya. Semoga dipermudahkan..
Tapi, apa yang pasti dalam tempoh 7 bulan lepas, banyak perkara yang dah berlaku. Sedikit sebanyak menjejaskan sedikit motivasi diri saya. Bukan hilang terus, tetapi sedikit terjejas. Allah.. Tapi betullah hidup ni tak selalunya nak indah je. Kadang-kadang terselit juga kepahitannya. Sebagai manusia biasa, saya tak boleh lari dengan masalah. Apa-apa yang terjadi, kumpulkam kekuatan untuk berhadapan dan menyelesaikannya..
Alhamdulillah..
Saya punya keluarga yang sangat memahami. Ibu bapa yang tidak pernah mendesak, adik-beradik yang memahami, serta saling menghargai antara satu sama lain. Merekalah keutamaan dalam hidup saya. Merakalah sumber inspirasi saya. Merekalah pahit manis hidup saya. Meraka jualah sumber kekuatan saya. Alhamdulillah.. terima kasih Allah.
No comments:
Post a Comment