Thursday, October 27, 2011

.: Perfect Two? Of Course Never! :.



Sumber dari Cik Google

Salam. 
Sometimes, I`m just rarely think are we perfect two? Keep thinking. 
Of course NEVER!
Why?

Saya tak mengidamkan kesempurnaan, tetapi mahu saling melengkapi antara satu sama lain. Saya sangat pantang dengan perkataan PERFECT. Allah SWT jadikan kita berbeza-beza bukan untuk kita saling menghina antara satu sama lain tetapi untuk saling melengkapi. Jadi, tak perlulah takut jika Allah SWT temukan kita dengan orang yang berbeza pemikirannya dengan kita.. Berbeza latar belakang dan keturunan.. Berbeza taraf kedudukan dan pendidikan.. Kadang-kadang, kita tak sedar yang kita terlalu mencari yang sempurna. Maaflah saya katakan, janganlah mengharapkan yang sesempurna Yusuf jika diri tak sesempurna Zulaikha.. Ya, saya tujukan kata-kata ini pada diri saya.. Kerana saya tidak sempurna. 



Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
~Ustaz Pahrol Mohd Juoi~


Saya suatu pada masa dulu pernah juga meletakkan beberapa kriteria bila ditanyakan mengenai konon-kononnya ciri-ciri lelaki idaman. Yelah, masa tu fikiran masih lagi dipengaruhi dengan angan-angan kosong mengalahkan Mat Jenin di atas pokok kelapa.. Haha..Ya, saya nak lelaki MACHO. Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis, berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi hanya kerana dia mampu menjadi IMAM solat lima waktu saya sudah cukup.

Dan dalam proses mencari inilah saya berusaha memperbaiki diri saya. Mustahil sekali untuk menjadi sesempurna Siti Khadijah yang menjadi sebutan Rasulullah SAW sehinggakan Aisyah cemburu. Jauh sekali. Tetapi sekurang-kurangnya masih berusaha. 

Sumber dari Cik Google

Tetapi, jika masih ada yang mempersoalkan soal fizikal..Soal Kedudukan.. Soal pangkat serta darjat.. Mari kita sama-sama cermin diri kita. Anggap sajalah pasangan kita itu merupakan reflection daripada diri kita. Tak perlulah nak high taste sangat.


Berfikir mengenai jodoh atau pasangan bukanlah sesuatu yang berat. Kita sendiri yang memberatkannya. Bagi saya, tak perlulah memilih yang terlalu sempurna. Saya bukanlah ustazah yang mencari seorang ustaz.. 



Jika ada yang membuat kesalahan, maafkanlah dia..
Jika ada yang menyakitkan hati, jangan membenci..
Jika ada yang jahil, bimbinglah dia. Jangan pula menjauhkan diri..


p/s:

Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati… semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi.

Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah..


No comments: