Friday, August 26, 2011

.: Andainya Awak Tahu :.




Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda...


p/s: 100 %  exactly same what I am thinking now.. Subhanallah..


Thursday, August 25, 2011

.: Sacrifice :.




Sometimes we couldn't understand people even we know them for five to ten years. But it would be very pleasure if they know that you're trying so hard to understand them even you get hurt in the understanding process.

Don`t blame them even they hurt u so much. At least, they are trying to understand you as they can. Also trying to fix the things up. Please take some consideration if they ask for forgiveness.. They are also a human being who are always make mistakes..






.: S.E.P.I :.


Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya..
Bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang menanti, pastikan kamu kembali..
Bila ada yang setia, lakukan yang sama..
Bila dia pergi, pergilah kejari selagi merasa dia bererti..
Kerana bila dia tiada di sisi, kamu akan sunyi dan sepi..




p/s: T_T




Friday, August 19, 2011

.: Far Away :.




Wind please bring me away
Far from the land
out from atmosphere


p/s: [*_*] --> [=_="] --> [@_@] --> [T_T]


  

.: Melihat langit :.

" Pada saya,
biar dia salah sangka,biar dia salah anggap,biar dia salah menduga.biar dia tahu yang buruk,sebelum mengharap yang baik-baik.
kalau dia ikhlas,
dia akan sedia menerima kekurangan yang ada,dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.
apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikkan
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?
biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini.
biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu.biar dia tahu, saya pernah punya masa lalu,namun saya masih punya masa hadapan.
biar dia tahu. biar dia buat keputusan.
supaya dia tak rasa tertipu, supaya dia tak menyesal kelak."

[unknown]

Thursday, August 18, 2011

.: Clueless :.








p/s: Row the boat towards me..





.: Blogshop Oh Blogshop :.

Salam.. Selamat malam, eh,eh selamat petang semua. Ehee.. This post is a special post utk my bestfriend ni.. Tadi dia ada mintak tips.. Ehee.. Saya pun tak adalah lama sangat buat blogshop ni.. Tapi, InsyaAllah boleh tolong berdasarkan pengalaman jelah.. Saya pun bukannya ada amek apa2 kursus ke apa ke.. Saya juge bukan student Banking ke.. Finance ke.. Harap maklum. Hehehehe..

Apa yang kita perlu ada bila nak buat on9 business?
1. Mesti ada page/blog/FB  pageuntuk kita advertise products..[yang selalu orang guna utk advertise lah]
2. Mesti ada any bank account. Kalau ada on9 banking lagi effective lah.
3. Mesti ada products. Of course la kan.. Kalau tak, nak jual apa... Kan3.. Ehee...

Order, Payment and Delivery
Bab ni paling banyak songeh sekali nak buat. Kena banyak bersabar sikit bab ni. Macam biasa, bila customer dh interested kat kita punya products, of course dia akan PM kita and cakap dia nak yg itu ke yg ini ke kan?
*Tips- Sila letakkan code pada products anda supaya senang nak recognize mane satu nanti bila customer order.

Then, macam biasa take the details from customer such  as alamat nak hantar and nama.
*Tips- Lagi senang PM terus dengan customer guna FB/email/hp sebab kita nak mintak private details from customer..

The most important thing adalah payment. Make sure customer bank in and attach any bukti yang diorang dah bank in kat kita punya account barulah  proceed to delivery process. Faham? Macam mana nak attach? Senang je..Mintak dia amek pic ke..scan ke resit bank in tu.. Kalau gne on9 banking, mintak customer print screen page pengesahan on9 transaction, send pic tu kat korang.
*Tips- Galakkan customer beli secara bulk supaya dapat jimatkan kos penghantaran.

Delivery adalah process biasa bila dah terlibat dengan on9 business. Boleh guna PosLaju.. Pos Express.. and etc. Rate yang dikenakan boleh semak kat laman web Pos Malaysia.
*Tips- untuk elakkan daripada  korang ke post office hari2, better tetapkan hari apa korang akan post parcel tu and let customer know after diaorang bank in. Contohnya, hari Selasa and Jumaat ke.. Isnin and Khamis ke.. Depends lah.. 

Lastly, please inform customer bila korang dah post barang yang dah di order.
*Tips- Ask the customer to inform korang bila dia dah received barang yang dia order. Ini salah satu tips supaya customer akan rasa korang bertanggungjawab untuk memastikan barang yang di order selamat sampai.

Marketing
Haaa.. ini adalah bergantung kepada kreativiti masing2. Terpulanglah dengan cara apa sekalipun asalkan dengan cara yang betul. Contohnya, buat promosi ke..Buy one free one ke.. Terpulanglah.. Walaupun nampak simple, tapi ni salah satu kerja penting jugak yang korang kena buat to make sure barang korang terjual..



Harapnye post ni sedikit sebanyak dapat membantu. Good Luck, dear!


p/s: upset~


Tuesday, August 16, 2011

.: Bila Nak Tukar Blogpage Ek? :.


salam..
Selamat tengah hari semua.. Tadi, tengah blogwalking nampak ramai yang dah tukar blogpage. Semua dah bersalin kulit.. Euuwww.. Jeles ai.. Saya? Saya tak tau bila nak tukar. Tunggu dah bertukar status baru tukar blogpage

Bertukar status?
*wink *wink


The one I envy so much, blog si Kecik Molek ni..

Irine Nadia


Then, Belog Cik Syufaa pun same.. Tengok tu, tengok tu..

Belog Cik Syufaa

Ni lagi sorang.. Natikagraphy


Natikagraphy


Dalam class Static & Dynamic jap lagi mungkin boleh dapat ilham kot macam mana nak dapatkan new look untuk blogpage ni.. Hahaha..


p/s: esok dapat berbuka puasa dengan mereka semua. Hopefully everything will be back to normal. Ya Rabb, sila pulihkan semangat yang hampir hilang ni. Semoga Kau tentukan yang terbaik.. Aminn..


Monday, August 15, 2011

.: Beg Comel, Beg Comel! Promosi Untuk Hari Raya ( 3 ) :.

Beg cute datang lagi!
Mari Jamu mata!


CODE: C001
COLOUR: LATTE
SIZE: MEDIUM


CODE: C002
COLOUR: HOT RED
SIZE:MEDIUM



CODE: C003  
COLOUR:PASSION BLACK
SIZE: MEDIUM
[RESERVED] 


CODE: C004
COLOUR: GREY
SIZE: MEDIUM



CODE: C005
COLOUR: GREY - BLUE
SIZE: MEDIUM



CODE: C006
COLOUR: BLACK - WHITE
SIZE: MEDIUM



CODE: C007
COLOUR: PURPLE BLACK STRIPES
SIZE: SMALL


Semua RM23(exclude postage)
Item + postage = RM30

Kalau berkenan di hati, PM me ASAP, okay!
First come, first serve! 
Pembayaran boleh dibuat melalui Akaun CIMB dan Bank Islam..


.: Berbuka Di Kunang-Kunang, Gombak

Salam. Menda dah lepas dua hari, baru nak pos.. Aiseyh.. Lembab cam siput lah. Takpe2, janji ada..Kan3.. Hehehe






Ayam bermadu ke ayam madu?


shedapp..!

Pergi dengan Ana Ramli, Fatin (adik Ana) dan Izzu. Memang makan habis-habisan sampai tak ingat dunia.. Hahahahaha..



Esoknya, pergi amek stock baru kat supplier dengan Yaya.. Nanti akan di update!


Rambang mata nak pilih.. haisshhh...



p/s: tak berapa ada mood nak update beria-ria sangat sebab hati tengag gelisah serta gundah gulana.. sekian..

Sunday, August 14, 2011

.: Memburu Cinta Murabbi :.



Masih belum puas memburu cintaMU
Kemudian KAU datangkan lagi cinta..
Sedangkan hati ini masih lagi belum bersedia sepenuhnya..
Jangan jadikan ia melebihi cintaku untukMU
Datangkanlah ia andai itu takdirMU



p/s: Tak ready!

Wednesday, August 10, 2011

.: Spontaneous Thursday :.







"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)






Monday, August 8, 2011

.: Beg Comel, Beg Comel! Promosi Untuk Hari Raya ( 2 ) :.


RM23 jugak

Black
[SOLD]

Grey
[SOLD]
Black


Orange
[SOLD]


PM me ASAP okay!

(=_+)v

.: Beg Comel, Beg Comel! Promosi Untuk Hari Raya :.

Salam. Selamat menjalani ibadah puasa. Hari ni ada promosi untuk beg. Silalah jamu mata. Kalau berkenan, PM saya kat myFB ye. Macam biasa, first come first serve!



Green

ShockOrange

Black


Latte Brown

Soft Pink



Harga: Harga asal RM25.  Promotion hanyalah RM23 tak termasuk postage
Postage :  RM7, COD area Setapak, Wangsa Maju dan Bandar Baru bangi adalah percuma


Pembayaran secara bank in atau tunai [untuk COD] boleh dilakukan menggunakan
Bank Islam dan Bank Cimb

Saturday, August 6, 2011

.: Out Loud :.


p/s: Thank you for your kindness and concern. May Allah SWT bless you always..Ameenn...


Wednesday, August 3, 2011

.: 3 Ramadhan :.

Salam.. tak ada apa sangat yang nak tulis. Petang tadi sempat ke bazar Ramadhan kt PKNS Bangi.. Walaupun hujan bagai, saya, En.Teddy bersama Fifi dan Lily tetap meneruskan hasrat menerjah bazar tersebut. Oowhh.. Sangat gigih meredah hujan yang sangat lebat.. Tak expect pun En Teddy nak amik saya kat MFI ni and bawak pergi bazar. Tetiba je mesej..


Nampak tak? Nampak tak? Si kecik ni dengan tabah bawak payung meredah hujan untuk beli juadah berbuka ngan kitaorng.. She walk by herself.. Redah lopak air. Hahaha..

Nasi ayam berempah yg sangat sedap. Credit tu En Teddy!

Saya dengan tidak sengaje terdrop my purse kat dalam kereta. Sangat messy.. Pastu, xde duit nak beli apa2 sebab purse tertinggal kat dalam kereta. Memang nak kena ketuk. Oleh kerana tidak berduit, jadi saya menyerahkan segala urusan jual beli kepada En Teddy. Dia yang belikan makanan untuk saya. Yiihuuu..!! Walaupun hujan masih lago turun dengan tidak hentinya, kami masih lagi berjalan2 di situ..  Si Fifi bawak saya jalan2 cari makan sambil redah lopak air dan terus berjalan dalam lopak air bersama Fifi..Lalala.. Ok, balik mmg kehujanan.. Hahahaha..

Waiting for the next location. Someone please raise your hands [ even I can't see it] and tell me the best Bazar Ramadhan.. Okayy!!

Manfaatkan bulan yang penuh barakah ini.


Short update
Babai

Tuesday, August 2, 2011

.: Ramadhan, Once A Year :.


Salam. Ramadhanul Kareem.. The most gracious month comes again. For us, Ramadhan  always synonym with of course fasting, food, drinks, bazar Ramadhan and etc. We didn't notice that Ramadhan comes once a year.  Let us full fill our day with the ibadah.