Tuesday, September 8, 2009

Kita Bukan Manusia Sempurna..

Menjadi sempurna bukanlah hakikat kehidupan manusia. Berkeinginan untuk menjadi sempurna itu fitrah manusia. Inginkan sesuatu yang sempurna juga adalah impian seorang manusia.Kita dijadikan sama semuanya di atas muka bumi ini. Ada kekurangan dan ada kelebihan masing-masing. Allah SWT jadikan kekurangan manusia itu bukan untuk dikeji dan dipuji, atau dibanding bezakan.. Tetapi untuk saling melengkapi antara satu sama lain..


Sudah menjadi lumrah hidup manusia, hidup dalam kekurangan. Bukan bermakna tidak cukup keperluan atau wang ringgit, tetapi kekurangan dari pelbagai aspek ; terutamanya mental dan spiritual. Selalulah berfikiran positif dan berfikiran terbuka serta mudah menerima kritikan kerana dengan cara itu sahajalah kita dapat memperbaiki diri kita sendiri untuk mencapai fitrah kesempurnaan..

Jangan cepat berputus asa dan sentiasa memperbaiki diri. Kuatkan semangat meskipun kita pernah melalui satu titik genting dalam hidup kita. Meskipun pernah dilukai dan disakiti..
Jadikan setiap kesusahan yang kita terima sebagai pembakar semangat atau booster..

Yang penting kita belajar bagaimana menghargai diri kita sendiri dan orang lain.
Belajar bagaimana menunjukkan kasih sayang..
Belajar untuk menghormati orang lain..
Belajar menerima pandangan dan kritikan..
Belajar untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri...
Serta tidak mudah berasa bangga diri dengan setiap kejayaan dan kesenangan yang kita terima..
Belajar bersyukur dengan apa yang kita ada...




2 comments:

lurunharima said...

kenaper miera sgt2 terasa?urm tak per ar semua org ley bg pandangan dier kan? btw thanx k?

Nailofarhazirah said...

zira mintak maaf klu zira tersalah cakap. cume xnak mira jd down sangat..k..jgn pk ap2 psal semua tu.. kite semua same je..k..=)