"Bagi setiap muslim yang melihat kepada kecantikan wanita,lalu dia mengalihkan pandangan(ketempat lain), Allah akan menimbulkan suatu ibadat yang akan dirasakan kemanisan di dalam hatinya"
Riwayat Imam Ahmad & Ath-Thabrani
Lelaki yang bakal menjadi pemimpin isteri dalam keluarga, sebaik-baiknya rendahkanlah sedikit penilaian anda terhadap calon isteri anda, dengan harapan setelah dia menjadi isteri anda nanti, InsyaAllah anda akan terus mendidiknya lagi.Sayangnya, kebanyakkan daripada kita berbuat yang sebaliknya. Diukur dirinya dengan piawaian soleh yang rendah tetapi mengukur calon pasangannya dengan piawaian solehah yang tinggi. Ini merupakan satu kesilapan yang sering anda lakukan.
Jadi, tunggu apa lagi. Tamatkanlah penantian solehah itu dan tumpukan pembentukan soleh dalam diri anda. Ubahlah diri anda sendiri dengan meningkatkan sahsiah serta amalan harian. Ubahlah diri anda,nescaya orang lain akan berubah hasil perubahan anda. Ada ungkapan yang berbunyi" Jadilah kawan...Bukan carilah kawan..Ertinya, kita mesti menjadikan diri kita sebagai kawan terlebih dahulu,iaitu menanamkan sifat kesetiaan,jujur,amanah, sabar dan lain-lain maka secara automatik akan menarik orang lain untuk berkawan dengan kita.
Dengan itu, kita tidak perlu mencari kawan kerana segala sifat yang terpuji itu kawan-kawan akan datang dengan sendirinya.Maka keadaan ini sama boleh berlaku..jika kita menjadi soleh,maka solehah akan muncul dengan sendirinya. Jadilah soleh, bukan carilah solehah. Allah telah berfirman,
" Perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.."
(An-Nur 24:26)
Kia harus malu dengan Allah juga pada diri kita sendiri. Kita inginkan jodoh yang baik sedangkan diri kita tidak baik. Kadang-kadang lucu juga bila mendengar ada pemuda-pemuda yang tunggang-langgang hidupnya di bandar,kaki botol, berpeleseran, berjudi dan sebagainya tetapi bila hendak berumahtangga minta ibu bapa carikan wanita solehah di kampung..
Fikir-fikirkanlah..
Adakah anda begitu? Atau pernag terfikir untuk berbuat demikian?
Ingatlah, Allah SWT tidak akn mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubah diri mereka ..
Tuesday, March 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment