Sunday, June 26, 2011

.: Ungu Itu Juga Cinta akan disambung bulan depan..:.





salam readers!
sorry semua..xdapat nak update selalu..
nantikan update bulan depan ye..









Wednesday, June 8, 2011

.: Ungu Itu Juga Cinta! (Part 1):.

Tatkala hati masih lagi terasa ianya bagai baru bermula semalam, kini kesudahannya sudah terbentang di depan mata. Dia harus membuat pilihan yang tepat. Pilihan yang menentukankan arah tuju hidupnya.

****
“ Eh, mana perginya kasut aku?” ngomel Syazni sendirian sambil mundar-mandir di hadapan bilik mesyuarat persatuan.

Dia bersama 22 orang pelajar lain akan menyertai satu aktiviti perkhemahan di Pantai Port Dickson dua hari lagi. Tiba-tiba matanya tertancap pada sepasang kasut yang disangka miliknya.

“Jepar, yang kau pakai kasut aku tu apsal?!” tegur Syazni apabila ternampak Azfar Hafiz memakai kasut sukannya.

“ Kau ingat kau sorang je yang ada kasut macam ni. Ni kasut aku lah! Tu ha..Kasut kau. Belakang tong sampah hitam tu,” sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah yang dimaksudkan.

“Alamak.. tersalah la pulak.. Siapa pulak yang letak kasut aku kat situ?” bisiknya dalam hati.
“ Emm.. Sorry Jepar. Aku ingat kau pakai kasut aku tadi. Tu la kau, banyak lagi kasut sukan jenis lain, kasut macam aku jugak kau nak beli. Haish…”bebel Syazni Alia menutup malu. Rasa bersalah pula apabila teringatkan dirinya melulu menuduh Azfar Hafiz.

“Aku punya suka lah! Dah aku berkenan, aku beli lah. Kau bukan Paris Hilton ke.. Madonna ke.. yang ada personal stuff brand,”balas Azfar Hafiz sambil beredar dari situ. Hatinya tersenyum puas dapat mengenakan Syazni Alia.

“ Comel jugak bila dia marah.. hehehe..” bisik hatinya kemudian berlalu ke kelas untuk meneruskan kelas persediaan petang. Jam dipergelangan tangannya dipandang. Baru pukul 3.30 petang. Masih ada satu jam lagi untuk dia menyiapkan tugasan Fizik yang telah diberikan oleh Cikgu Arbain pagi tadi.

Azfar Hafiz terus menyiapkan tugasan sambil matanya tak henti-henti memandang pintu masuk kelas..
“Aik.. Mana si Syazni ni. Tak kan bertekak dengan aku tadi sampai tak nak masuk kelas pulak?” soalnya sendirian.

Sebaik sahaja selesai menyiapkan tugasan, dia terus meninggalkan kelas. Dikerlingnya sepintas lalu jam dinding dihadapan kelas. 4.45 petang. Dia sendiri tidak sedar kelasnya sudah kosong kerana kebanyakkan rakan-rakannya sudah pulang ke asrama jam 4.30 petang tadi. Dia lantas pulang ke asrama tanpa teringat langsng yang dirinya tadi menunggu seseorang.

Syazni Alia pulang ke asrama dengan perasaan geram apabila teringatkan apa yang terjadi petang tadi. Otaknya ligat memikirkan siapa pula yang sorokkan kasut sukannya di belakang tong sampah. Seingatnya dia letakkan kasut sukannya betul-betul di hadapan pintu bilik persatuan. Ada juga orang gatal tangan nak ubah. Dia lantas ke tandas mengambil wuduk dan menunaikan solat Asar di musolla yang terletak ditingkat bawah blok asramanya.

Begitulah rutin hariannya menjalani kehidupannya sebagai seorang pelajar asrama penuh. Tahun ini merupakan tahun terakhir bagi dirinya menjadi seorang pelajar seklah sebelum bergelar mahasiswa kerana Syazni kini sedang belajar di tingkatan 5 sepertimana juga Azfar Hafiz.
Hari ini terakhir mereka berdua menghadapi peperiksaan SPM. Masing-masing tidak sabar-sabar mahu menghabiskan kertas terakhir mereka. Kelihatan beberapa orang pelajar sudah menghantar buku jawapan kepada pengawas peperiksaan . Azfar Hafiz tidak ketinggalan untuk menghantar buku jawapannya setelah selesai dan beberapa kali menyemak semua jawapan kertas peperiksaan Biolaginya. Setelah menghantar buku jawapan, dia segera mengemaskan alat tulis di atas mejanya sambil matanya tidak lepas-lepas memandang Syazni.

Satu nota pendek sudah diletakkan di dalam buku rujukan Syazni setelah tamat kelas persediaan petang semalam. Dia sengaja pulang lewat sedikit semata-mata mahu meletakkan nota tersebut di dalam buku rujukan Syazni. Dia tahu Syazni selalu meninggalkan buku-buku rujukan di laci meja.

Syazni Alia teringat akan nota pendek yang diterimanya petang semalam. Dia baru perasan kehadiran nota pendek tersebut ketika mengulangkaji pelajaran di kelas persediaan malam tadi. Dia percaya dan yakin Azfar Hafiz menyelitkan nota pendek tersebut didalam buku rujukannya sebaik sahaja dia pulang ke asrama. Sekali lagi dicapai dan dibacanya.





Dua tiga kali dia memikirkan hal itu. Mujurlah dia sudah selesai menjalani peperiksaan SPM. Serabut juga kepalanya apabila memikirkan pelawaan Azfar Hafiz. Dia mememui Ereen Liyana untuk bertanyakan pendapatnya. Ereen Liyana yang sudah maklum mengenai hal tersebut tidak terperanjat dengan berita yang diterima. “ Masakan khabar kawan baik sendiri aku tak tahu. Dah tentu aku terlebih dahulu yang tahu. Tak payah nak fikir panjang-panjang, setuju je la..” jawab Ereen Liyana.
Respon yang diterima Azfar Hafiz, POSITIF!


****

Bersambung....


Wednesday, May 11, 2011

.: Itu awak :.



Saya tahu saya terlalu sensitive..
Tapi selalu pujuk diri sendiri..
Dan berpura-pura tak ada apa2 depan awak..


Saya tahu saya tak cantik..
Tapi saya tahu awak tak pandang semua tu..
Dan saya berpura-pura buat tak kisah bila awak kata..
' Awak cantik di hati saya, bukan mata saya'

Saya tahu saya selalu susahkan awak..
Tapi awak selalu cakap akan buat apa saja untuk saya..
Saya bukan sapa2 pun pada awak..
Selagi tiada ikatan yang menghalalkan.

Saya tahu saya terlalu jauh dari awak..
Tapi  saya tak kisah semua tu..
Sebab awak selalu dalam hati saya..
Awak kata saya dah curi hati awak..



Awak tak pernah lupakan saya..
Setiap kali awak pergi holiday dengan family awak...
Awak tak pernah lupa belikan something untuk saya..

Setiap kali saya ada masalah..
Awak selalu ada untuk tenangkan saya..
Saya menangis dekat awak..
Awak pengawal emosi terbaik bagi saya..

Mintak maaf selama ini selalu susahkan awak..
selalu susahkan hati awak..
selalu sakitkan hati awak..
Selalu abaikan hati awak..


p/s:  Sila jangan jauh dari saya..

.: Aku Dan Kehidupanku : The Finale 2 :.

Salam dan selamat pagi semua!

This part, saya rasa interested sangat nak menulis sebab ianya kisah suka duka saya sepanjang menjalani kehidupan sebagai student.

Alaa... orang lain pun pernah jadi student jugak.. Blah la kau..

 I don`t care! Sebab ini kisah saya, bukan anda2, bukan mereka2. Tak kisah..Lalalalalalala.. Okay2, saya proceed.. Melalut pulak yang lebih.. Haish.. Selama 4 semester saya terpaksa melaluinya seorang diri.. Ya, seorang diri! Pada pandangan mata kasar anda, mungkin mereka2 dan anda2 nampak saya sangat ceria.. Sangat senang hati.. Seolah-olah nothing happened. Yes, actually it differents from the inside. Totally differents!


Ijust talked to my self ; If you are in tears, you a looser! Yes, too many times jugak la saya jadi looser.. Haha.. memang dah tak tahan sangat2. Stress tahap kritikal. But, temporary je benda tu. I`m able to built it again.. And again..

Nak tahu sebab apa saya selalu je in tears? Sebab kawan2.. Silly kan? Tapi bagi saya bukan silly, ini serious..Ini serious..[nada wonderpets] lalalalala.. Okay, mengong la kau Cik Nailo! Kenapa saya cakap macam tu? Haaa.. sebab.. 100%  our life at this time fully filled with friends. Family come after that. Yela, tak kan kita nak buat assignment nak tanya mummy or daddy or siss or bros? Kan? Okay, can you imagine sometimes bila you tak tahu nak buat any question yang lecturer kasi. Then, assignment tu kena hantar esok pagi. Ye, saya ulang ESOK PAGI.. Subject tu you and your classmates je yang amek. A day before you hantar assignment tu, you dah tanya pada classmates you, anybody tahu macam mana nak solved that question? And semua jawab,
 Belom lah.. tak sentuh lagi.. Malam ni baru nak buat..

Apa yang you rasa? nak tanya lecturer? Comfirm susah sebab lecturer saya masa tu kebanyakannya lelaki. So, rasa kurang manis nak pergi jumpa sorang2.. Balik hostel, apa yang you nak buat? Nak tanya member kat hostel, diaorang tak amek subject tu. Nak tanya kat senior, comfirm dia dah lupa macam mana nak solved. Tak percaya boleh try. [sebab saya pun macam tu] Hahahaha.. Esok dah nak hantar ni... Tambah2 pulak lecturer pulak particular abbessssss dengan assignments and courseworks.. Memang tak tahu langsung nak buat even you dah rujuk 2,3 buku.. Apa yang anda rasa? Seronok? Nak nanges? YES!! Memang saya menangis! Tapi ddalam hati, saya selalu cakap,
Ini adalah cabaran dan dugaan yang saya kena lalui. Kalau saya lemah, I`ll fail for the rest of my life.


Bukan nak menunjuk, tak ada niat langsung macam tu. Na`uzubillah.. Cuma nak berkongsi pengalaman pahit manis masin payau dan kelat.. Macam mana rasanya jadi alien dalam kelas. Haha..


Tapi, secara keseluruhannya dapat saya simpulkan[ayat nak skema] semua tu adalah pengalaman manis untuk saya. The sweetest things I ever have! Sebab kita sendiri yang menentukan jalan hidup kita sendiri. Bukan orang lain.. Cuma jalannya yang berbeza. Dekat atau jauh..

Buat anak sedare saya ,
Jangan takut untuk mencabar diri sendiri. I know you can do better than me. Trust yourself and you will feel the sweetness at the end of the journey. Tak yah takut, kay! Good luck dan tahniah atas kejayaan anda.=)


p/s: Pasal assgnment tu, pagi2 buta dalam kelas saya copycat..haha.. lantaklah..Asalkan hantar. Tapi, bear in your mind, bukan copy bute2 je.. Ini merupakan cara belajar pantas! Hasil tunjuk ajar mereka2 di dalam kelas... haha.. Unik kan cara kami.. =)

Friday, May 6, 2011

.: Aku Dan Kehidupanku :The Finale 1 :.

Salam dan selamat petang.. Just nak announce,
 " Saya  dah abis Final Exam..!!!!!"

Okay, dah tahu kan kenapa saya sangat happy?
Alaa... Semua orang happy bila dah habis final exam.

The most important thing is,
 "Saya dah abis Diploma!"

 Alaaa.. Diploma je pun.. Bukannya degree or master or Phd or etc.. Itu pun nak kecoh 

Lepas ni dah boleh buka chapter baru..
Part time job before further study..
Nak menunaikan hasrat yang tak tercapai..
Ada 2 benda yang masih belum dicapai..

Untuk Classmates yang selalu dan akan dirindu,
Berharap dapat jumpa anda semua semula suatu hari nanti.. Terima kasih tak terhingga kerana anda semualah racun dan anda semualah penawar. One big family yang sangat happening!

Amsyar > Ketua kelas yg dedikasi.. terima kasih ye!

Kamil> Blogger macam saya jugak.. Thanks banyak kongsi ilmu esp pasal blog. ngee..

Aqil > Euww.. Kaki anime. Memang sumber pertama nak dapatkan anime..hahaha

Alif H > Terima kasih sbb masa sem 3 n 4 selalu tumpangkan kereta!

Alif M > Thanks

Ganesh > Thanks sebab saya selalu mintak tolong kat dia kalau tak tahu buat assignment @ copycat..Haha!

Harith > Thanks jugak. Selalu bantu buat assgnment jugak! Same macam Ganesh.. Memang u all dua orang groupmates yang best!

Hasrol > Dulu tak selalu sangat cakap dengan dia. Tapi bila dah jadi groupmate utk project Micro-p, baru rapat. Thanks jugak sebab sudi jadi groupmate!

Irfan > MPM! Hehe.. Thanks tolong mintak kunci bilik dengan pak gad. Masa tu kunci tertinggal kat dalam bilik. Dapat amek kunci spare dekat pak gad secara percuma.. Tak payah bayar.. Yeayy!!

Khairul > Selalu tolong wat assignment jugak! Thanks!

Mijie > Project manager yg superb lah! Thanks!

Suhail > Sorry sebab selalu kena ceramah @ bebel dengan saya. Btw, thanks!

Yen > Egen gosip utama.. Hahaha.. Memang selalu gosip2 dengan dia. Thanks!

Syaqif > Si mamat pemalu. Sorry terbocorkan rahsia anda.. Haha.. OOppss! Tak sengaja.. 

Tashlem > Thanks sebab sudi jadi groupmate. Walaupun kepala otak saya tak membantu anda sangat..

Zul > Selalu habiskan makanan saya dulu. kalau tak habis je makan, tolong la kasi kat dia. Comfirm licin. Hehe.. Thanks!

Zaidruce > Kamen Rider habeessss... Ultraman pun ye jugak! Thanks!

Wan > Dulu memang tak selalu jugak cakap2 dengan dia. Kalau bab balik, habaq mai.. Kecoh! Haha.. Btw, thanks!
THE SPECIAL TRIO,

Fekrie > Yang ni memang setan.. Haish.. Kalau nak suruh tulis pasal dia, 50 page pun tak cukup. Mulut memang tak ada insuran langsung. Memang 100% kaki kutuk saya.. Kaki kondem saya habis-habisan.. Always remember your words. Sangat mengguris perasaan.. Pernah tak bertegur sapa sebab sakit hati dengan dia. Selalu mintak tolong ajar saya masa exam or test. Btw, thanks! Anda sahabat yang baik. =)

Khazin > Yang ni jua setan..Hadoi.. Btw, same as Fekrie. Kalau dah bergaduh, memang tengok muka dia pun saya tak nak. Sangat mengguris hati dan juga perasaan Bukan sebab marah, tapi tak nak  it become worst. Btw, thanks a lot. Selalu tumpangkan kereta.. Makan minum tak pernah berkira.. Memang senang nak mintak tolong.. Susah la dia nak menolak bila saya mintak tolong..  Btw, thanks! Anda sahabat yang baik. =)

Izzu > Tak nyetan sangat..  Lebih kurang dengan 2 yg di atas..Btw, thanks!Anda sahabat yang baik..=)

Ni bukan nak pilih kasih or what.. Datang ikhlas dari hati..  Sebab dengan mereka bertiga saya paling rapat.. Makan.. study.. Berfoya-foya.. Almost together. Sedih sebab terpaksa berpisah dengan anda semua. Mintak maaf tak dapat join dinner tonight. Enjoy yourself, friends!