pernah kita rasa kadang-kadang kita diperbodohkan?
pernah tak kita rasa diri kita diperkecilkan?
Kita tunjukkan apa yang kita mampu buat berbanding diri dia.. Sedangkan kita tak sedar ada rakan-rakan yang lain hanya mampu melihat.. mengangguk... dan akhir sekali tersenyum.. tidak sedarkah kita, disebalik senyuman itu kadang kala mendatangkan maksud yang berbeza daripada apa yang akal kita mampu tafsirkan?
Adakah kita sedar atau buat-buat tak sedar?
kita dapat berseronok ke sana ke mari sedangkan kawan kita hanya mampu melihat dan tersenyum melihat telatah kita... kita dapat beli apa-apa kita suka sedangkan kawan-kawan kita hanya guna apa yang dia ada..kita melancong setiap bulan sedangkan kawan-kawan kita hanya mampu mendengar khabar dan berita betapa seronoknya kita bergembira..
Itulah hidup manusia.. Jangan sangka diri kita akan selalu berada di atas.. Roda kehidupan sentiasa berputar.. dan akan terus berputar... Jangan terlalu gembira dan bersenang-lenang ketika berada di atas sebaliknya mempersiapkan diri untuk tersungkur ke bumi suatu hari nanti..
Jangan kita terlalu merendah diri dengan kekurangan yang kita ada.. Allah SWT telah berjanji pada hamba-hambaNya.. Rezeki, ajal, dan maut telah ditentukan olehNya.. sebagai hambaNya, kita seharusnya berdoa dan bertawakkal dengan apa yang telah dikurniakan.. Sebaliknya, bukannya merungut ataupun berbangga-bangga dengan apa yang telah dikurniakan..
Janganlah kita lupa..
derita dan kesedihan itu sudah pastinya ujian daripadaNya..
Nikmat dan kesenangan juga adalah ujian Al-Haqq..
Dia berhak melaksanakanNya dalam apa jua keadaan..
.....Kun Fayakun...
No comments:
Post a Comment