Friday, November 18, 2011

.: Do Love To Have One! :.

Assalamualaikum dan selamat petang!
Dah lama tak update, so simple and short update saje petang ni. Just tadi tengah tengok2 baju. Tengok jela.. Tak ada duit pun nak beli. Ehee.. Teradore dengan contemporary jubah by Aramis Shoppe. Saya sangat suka! Mari Review..!

Full contemporary. Sangat nice. Simple dan tak terlalu menyerlah. Sebab saya memang prefer and make sure apa-apa yang saya pakai tidak terlalu menyerlah dan menarik perhatian. Pastu boleh pakai dengan apa2 shawl pun.. Kan3..


This one pun saya suka. Half one. Pakai dengan tudung bawal coklat gelap and long pants pun sudah setel. Tak payah nak fikir susah2.. Nak pakai shawl pun boleh..


p/s: Kejap lagi kena sambung study kat Library.. Ohh.... Esok ada paper..


Wednesday, November 2, 2011

.: My View My World Contest :.


Contest oleh CikNurul. Sila klik banner utk maklumat lanjut!

My View, My World

Port Dickson

Port Dickson too!


Broga Hill


Terima kasih Cik Nurul. Saya dah join Contest awk!


.: Wordless Wednesday #4 :.



p/s: Kenyang cam buntal.. Macam nak tido je..Eerr... Makasheh Cik Teddy lalalala..



Tuesday, November 1, 2011

.: Saat Lafaz Sakinah :.



"ADALAH saya, Ali bin Abu, suami kepada Minah binti Abdullah yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan mas kahwin sebanyak RM 22.50 tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara,” lafaz Ali dengan suara yang perlahan dan tenang. Kemudian dia beralih kepada Minah yang telah sah menjadi isterinya. Tangan dihulur, dan Minah mencium lembut tangan suaminya.

Minah membetulkan simpuhnya. Dengan tenang dia menerima mas kahwin daripada suaminya dan melafazkan ikrar sakinah yang tertera di atas kertas di hadapannya.

“Adalah saya Minah binti Abdullah, isteri kepada kekanda dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kekanda, dan adinda mengharapkan kepada kekanda agar sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingn dan kebahagiaan bersama. Semoga Allah merestui perkahwinan kita,” lafaz Minah dengan suara yang penuh dengan getaran.



********
Salam.
Tak tahu apa yang nak diperkatakan.
Title dah cukup jelas.. Perasaan tak tergambar saat itu. Memang lambat lagi nak tempuh saat itu. Tapi saya macam dapat rasakan saat itu air mata saya mesti tak henti-henti mengalir.. Huk3..


Saya masih ingat lagi masa form 4 or form 5 tah.. tak berapa nak ingat sangat. Saya pernah menghadiri majlis pelancaran  Modul-modul Keluarga Sakinah yang dilancarkan di PICC,Putrajaya oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim kalau tak silap. Kalau saya silap, sila betulkan.

Dulu, bila tengok pengantin perempuan menangis lepas akad nikah, mesti saya akan cakap,

"Dia menangis sebab terlalu gembira"

Sekarang, lain pula..

"Dia menangis sebab walinya telah serahkan dirinya untuk dijaga sebaiknya sebagai melengkapkan amanah Allah. menyerahkan segala tangungjawab yang dahulunya ditanggung walinya kepada si suami. Tangungjawab untuk menyempurnakan amanah hingga ke hujung nyawa"

Nampak tak? Nampak tak?
Dulu tak nampak apa sinonimnya dengan situasi tu. Sekarang dah boleh fikir dah.. Eheee..

Kenapa modul tu tak dilancarkan di seluruh Malaysia? Emm..emm.. Kalau dengar satu persatu ikrar daripada suami, isteri dan wali tu, memang boleh menangis teresak-esak..Isk..Isk..Isk.. Serious tak tipu..




p/s: Tahniah untuk kawan2 yang sudah menyempurnakan sunnatullah ini. Semoga kalian sentiasa berada dibawah lembayung rahmat-Nya.. Aminn.. Selamat menjadi Nakhoda kepada keluarga! =)