Wednesday, July 27, 2011

,: You Need What You Want :.



The greatest results in life are usually attained by simple means and the exercise of ordinary qualities. These may for the most part be summed in these two: common-sense and perseverance.
Owen Feltham

Monday, July 25, 2011

.: Hari Pertama Memang Busan..:.

Sungguh hari pertama sangat bosan.. Hehehe.. Attend class early in the morning [pukul 10 pg]. Haha.. Awal la sangat.. Starting dengan class En. Lukman, Fundamental programming.. Baik kan? Actually dah approved.. Tapi tak tahu nak wat apa kalau tak pergi kelas.. Muehehehe..

Sila jangan lempang saya laju2 sebab saya tak makan lempang. Saya hanya makan nasi ayam..

Friday, July 22, 2011

.: MSR UNIKL MFI Julai :.

Salam semua.Dalam orang lain semua sibuk2 dok bercuti, saya dah kena mendaftar di tempat baru.. Ohhh.. Firstly, nak ucapkan tahniah untuk rakan2 kat UTMIC yang berjaya masuk ke UTM Skudai, JB. Untuk electrical students boys and girls, tahniah sekali lagi diucapkan. Selamat berorientasi pada September nanti, okay!

Okay, tak nak merepek panjanag2.. tengok jelah all da pics kat bawah ni.. Ni pun sikit je yang dapat snap.. Last day of orientation day..

Masa Qiamullail.. Khusyuk n tawaddu'..sampai tetido..

 Last day.. All the OCs..

Brother OCs

Some of my friends!

Teruk OC dikerjakan.. lalalalala


Thats all for today.. Eh, lupa.. OC tu orientation committee.. Sweet moment for the first week here.. Thank alot bro n sis!



Sunday, June 26, 2011

.: Ungu Itu Juga Cinta akan disambung bulan depan..:.





salam readers!
sorry semua..xdapat nak update selalu..
nantikan update bulan depan ye..









Wednesday, June 8, 2011

.: Ungu Itu Juga Cinta! (Part 1):.

Tatkala hati masih lagi terasa ianya bagai baru bermula semalam, kini kesudahannya sudah terbentang di depan mata. Dia harus membuat pilihan yang tepat. Pilihan yang menentukankan arah tuju hidupnya.

****
“ Eh, mana perginya kasut aku?” ngomel Syazni sendirian sambil mundar-mandir di hadapan bilik mesyuarat persatuan.

Dia bersama 22 orang pelajar lain akan menyertai satu aktiviti perkhemahan di Pantai Port Dickson dua hari lagi. Tiba-tiba matanya tertancap pada sepasang kasut yang disangka miliknya.

“Jepar, yang kau pakai kasut aku tu apsal?!” tegur Syazni apabila ternampak Azfar Hafiz memakai kasut sukannya.

“ Kau ingat kau sorang je yang ada kasut macam ni. Ni kasut aku lah! Tu ha..Kasut kau. Belakang tong sampah hitam tu,” sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah yang dimaksudkan.

“Alamak.. tersalah la pulak.. Siapa pulak yang letak kasut aku kat situ?” bisiknya dalam hati.
“ Emm.. Sorry Jepar. Aku ingat kau pakai kasut aku tadi. Tu la kau, banyak lagi kasut sukan jenis lain, kasut macam aku jugak kau nak beli. Haish…”bebel Syazni Alia menutup malu. Rasa bersalah pula apabila teringatkan dirinya melulu menuduh Azfar Hafiz.

“Aku punya suka lah! Dah aku berkenan, aku beli lah. Kau bukan Paris Hilton ke.. Madonna ke.. yang ada personal stuff brand,”balas Azfar Hafiz sambil beredar dari situ. Hatinya tersenyum puas dapat mengenakan Syazni Alia.

“ Comel jugak bila dia marah.. hehehe..” bisik hatinya kemudian berlalu ke kelas untuk meneruskan kelas persediaan petang. Jam dipergelangan tangannya dipandang. Baru pukul 3.30 petang. Masih ada satu jam lagi untuk dia menyiapkan tugasan Fizik yang telah diberikan oleh Cikgu Arbain pagi tadi.

Azfar Hafiz terus menyiapkan tugasan sambil matanya tak henti-henti memandang pintu masuk kelas..
“Aik.. Mana si Syazni ni. Tak kan bertekak dengan aku tadi sampai tak nak masuk kelas pulak?” soalnya sendirian.

Sebaik sahaja selesai menyiapkan tugasan, dia terus meninggalkan kelas. Dikerlingnya sepintas lalu jam dinding dihadapan kelas. 4.45 petang. Dia sendiri tidak sedar kelasnya sudah kosong kerana kebanyakkan rakan-rakannya sudah pulang ke asrama jam 4.30 petang tadi. Dia lantas pulang ke asrama tanpa teringat langsng yang dirinya tadi menunggu seseorang.

Syazni Alia pulang ke asrama dengan perasaan geram apabila teringatkan apa yang terjadi petang tadi. Otaknya ligat memikirkan siapa pula yang sorokkan kasut sukannya di belakang tong sampah. Seingatnya dia letakkan kasut sukannya betul-betul di hadapan pintu bilik persatuan. Ada juga orang gatal tangan nak ubah. Dia lantas ke tandas mengambil wuduk dan menunaikan solat Asar di musolla yang terletak ditingkat bawah blok asramanya.

Begitulah rutin hariannya menjalani kehidupannya sebagai seorang pelajar asrama penuh. Tahun ini merupakan tahun terakhir bagi dirinya menjadi seorang pelajar seklah sebelum bergelar mahasiswa kerana Syazni kini sedang belajar di tingkatan 5 sepertimana juga Azfar Hafiz.
Hari ini terakhir mereka berdua menghadapi peperiksaan SPM. Masing-masing tidak sabar-sabar mahu menghabiskan kertas terakhir mereka. Kelihatan beberapa orang pelajar sudah menghantar buku jawapan kepada pengawas peperiksaan . Azfar Hafiz tidak ketinggalan untuk menghantar buku jawapannya setelah selesai dan beberapa kali menyemak semua jawapan kertas peperiksaan Biolaginya. Setelah menghantar buku jawapan, dia segera mengemaskan alat tulis di atas mejanya sambil matanya tidak lepas-lepas memandang Syazni.

Satu nota pendek sudah diletakkan di dalam buku rujukan Syazni setelah tamat kelas persediaan petang semalam. Dia sengaja pulang lewat sedikit semata-mata mahu meletakkan nota tersebut di dalam buku rujukan Syazni. Dia tahu Syazni selalu meninggalkan buku-buku rujukan di laci meja.

Syazni Alia teringat akan nota pendek yang diterimanya petang semalam. Dia baru perasan kehadiran nota pendek tersebut ketika mengulangkaji pelajaran di kelas persediaan malam tadi. Dia percaya dan yakin Azfar Hafiz menyelitkan nota pendek tersebut didalam buku rujukannya sebaik sahaja dia pulang ke asrama. Sekali lagi dicapai dan dibacanya.





Dua tiga kali dia memikirkan hal itu. Mujurlah dia sudah selesai menjalani peperiksaan SPM. Serabut juga kepalanya apabila memikirkan pelawaan Azfar Hafiz. Dia mememui Ereen Liyana untuk bertanyakan pendapatnya. Ereen Liyana yang sudah maklum mengenai hal tersebut tidak terperanjat dengan berita yang diterima. “ Masakan khabar kawan baik sendiri aku tak tahu. Dah tentu aku terlebih dahulu yang tahu. Tak payah nak fikir panjang-panjang, setuju je la..” jawab Ereen Liyana.
Respon yang diterima Azfar Hafiz, POSITIF!


****

Bersambung....