Showing posts with label Hidupku. Show all posts
Showing posts with label Hidupku. Show all posts

Friday, September 19, 2014

.: Aku Dan Kehidupanku (6) :.

Entah sudah kali ke berapa menyatakan kekecewaan dengan diri sendiri kerana tak konsisten menulis lagi seperti dulu..
Haih..

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah SWT dengan nikmat yang tak pernah putus.
Alhamdulillah.. Nampaknya sudah move forward dengan satu fasa kehidupan yang baru..

Hoi..! Bukan Kahwinlah!!

Twitter memang tak boleh tinggal. Eh

Macam biasa, bukanlah 100% kerja di pejabat. Memang dari dulu lagi tak pernah berangan nak kerja di office. Kalau dah nampak Safety Helmet tu, faham-faham sahajalah. Itulah teman sejatiku. Kehkehkeh

Okay, gelak takyah nak over sangat.

Kalau dah dari dulu lagi selalu jadi lone ranger, memang sampai kerjalah jadi lone ranger. Pergi site, melepak, mengeteh, dan etc. Dulu selalu merungut jugak, kenapa lah selalu sangat jadi lone ranger, but at last kena terima jugak. Allah SWT dah aturkan semuanya. Istilah lone ranger tu jangan salah faham pulak, bukan bermakna jad kera sumbang. Bukan.. Bukan.. Bukan.. What I mean is, be an only girl in a team. Yes, only me.


Nampak? Hi boss. Teheeee...
Heret Safety boot setiap hari. 
srettt.. sreet... srettt...

Memang dari dulu lagi bercita-cita nak masuk field ni. Alhamdulillah. Allah makbulkan. Pastu, padan muka bila kena heret dengan boss pergi site visit. Yang paling tak boleh terima, boss siap suruh beli sun block. Gelak dalam hati. 



p/s: Cukuplah, nak kena panjat bumbung pasang padlock. Gegeh nya Abg Man ni.. 




Friday, May 2, 2014

.: Aku Dan kehidupanku (5) :.


Agak kecewa sebenarnya bila mengenangkan dah lama tidak aktif  meulis seperti dahulu. Bila dah reward diri sendiri dengan sebuah tab mudah-bawa kononnya akan lebih aktif menulis. Namun hakikatnya, tak seperti yang diangan-angankan.

Sedar tak sedar bakal menamatkan pengajian pada bulan Jun nanti, InsyaAllah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan. Dugaan dan ujian yang bakal diterima selepas ini juga pastinya semakin hebat.Allahuakbar.. Siapa kita mahu mempertikaikan hak DIA.Btol?

Perjalanan hidup sepanjang pengajian tidaklah begitu mudah. Ada yang menamatkan pengajian hingga ijazah dalam tempoh 4 tahun (selain jurusan perubatan).Ada  dalam tempoh 6 tahun. Ada 10 tahun. Matlamatnya sama. Mahu menggenggam segulung ijazah, namun jalan yang ditempuh itu yang berbeza. Ada yang panjang, ada yang pendek.  Alhamdulillah, walaupun bermula daripada bawah, sedikit pun tidak pernah menyesal. Malah banyak perkara yang dapat ditimba, baik dari segi pembelajaran mahupun ilmu kehidupan.

Kita tinggalkan sebentar zaman universiti.

Beralih kepada kehidupan sebenar atau real life, ternyata perbezaannya sungguh ketara. Hujung-hujung pengajian di universiti masih tersisa, namun tak sama hakikatnya dengan kehidupan nyata.

Baki bil pengajian yang masih tertunggak atau outstanding..
Bil dan kos untuk hari konvokesyen..
Peluang pekerjaan selepas graduasi..
Bayaran balik pinjaman pelajaran atau loan..

Semua dalam kepala. Mess up.
Itu belum lagi menghadap persoalan fasa-kehidupan-seterusnya. Juga persoalan real life tu. Mwuhahaha..

Tetapi masih punya matlamat yang masih belum terlaksana.
Masih belum cukup persediaan mental fizikal.
Masih belum punya sumber kewangan yang kukuh..




Allah SWT sebaik-baik perancang..



Tuesday, June 9, 2009

Aku dan kehidupanku(7)

Sudah cukup lama aku tidak menulis.. Hmmm..

Sudah sebulan aku berada dirumah. Maklumlah, cuti semester panjang selama dua bulan sedikit sebanyak membuatkan diriku tersangatlah bosan.. Menghabiskan masa dengan adik-adik, anak-anak saudara sepupu, sepupu-sepupu dan sudah semestinya dengan laptop tercinta.Hehehe..

Perjalanan hidupku tidaklah seperti adik-adik yang lain, bila dah lahir semuanya ada.. Maksud aku, semua kemudahan sudah tersedia.. Bagi aku, pengalaman hidup dalam serba kekurangan mengajar diriku menghargai setiap sesuatu yang dikurniakan..

Pengalaman ke sawah padi, kebun getah, dan dusun buah-buahan kurasakan sesuatu yang tidak semua orang pernah lalui.. Pengalaman manis bersama-sama arwah Tokwan ke sawah tidak
sedikit pun aku lupa.. Batang pokok kelapa yang dulunya tempat aku berdiri sambil menunggu
Tokwan untuk menaiki basikal tua masih lagi megah berdiri sedangkan sudah hampir dua dekad berlalu.. Basikal tua arwah Tokwan masih lagi tersandar lagi pada jelapang padi tidak jauh dari rumahku..

selalu juga aku minta pada Mak untuk ceritakan tentang diriku masa kecil.. Mak kata aku nakal sikit.. Pernah panjat tingkap,lepas tu jatuh.. Tercucuk jarum mase main mesin jahit..Pernah amik duit RM50 ayah nak beli ais krim, last-last kene cekup jugak masa balik..Hehe.. indipendant sebab tak sampai umur setahun lagi dah dapat adik. So, kena la bawak diri.. Hehe.. Yang paling tak boleh lupa jugak, mase kecik-kecik aku selalu ikut sepupu aku pergi tadika sampai sepupu aku malu nak pergi sebab aku asyik ikut je..

Mak kata lagi, aku selalu merantau kat umah makcik-makcik aku sebab mak aku sibuk jaga adik aku..sebab tulah sepupu-sepupuku umpama adik-beradik aku sendiri..



Namun... Masa sudah berubah...

Pengalaman lalu sedikit sebanyak mengajar diri ini erti tabah,
erti menghargai sebuah kasih sayang,
erti persahabatan,
serta erti pengorbanan..

Aku sedar ..
bukan mudah mengecap kejayaan..
bukan mudah untuk mengejar apa yang diinginkan..


Selagi kita hidup, perjuangan akan tetap diteruskan.. Hidup sepertimana kita angan-angankan, tetapi tak mengharapkan semuanya menjadi kenyataan.. Hidup dengan kelukaan tak bermakna pedih, kadang kala menjadi ubat paling mujarab untuk sembuh dan meneruskan perjalanan yang masih panjang..

Bukan hidup seperti lalang dipinggir laluan, tanpa arah dan tujuan..


Friday, February 27, 2009

Aku Dan kehidupanku(4)

Aku berasa agak sedih kerana sudah sekian lama tidak menulis dan mempublish new entry kat sini. Hehehehe.. Now I`m back to continue my journey..

Feel quite bored because nothing to do in the Innology Squad Lab.Hurmm.. I borrow Fatin`s laptop to write something. This morning I already read a chapater from a book entititled Life Is Open Secret written by Zabrina A.Bakar the most favourite book that I always bring and read anywhere.Hahaha..

I realized and noticed somthing that I have done. Somthing wrong which I never realized before. Quess what?? Hehehe.. I always loss my patience..Huhuhu.. Astaghfirullah..

When I`m reading that book, I found a Hadith that would be among the reason why Prophet Muhammad(peace upon him) had emphasized so much on anger

'Some are swift(faster) to anger and swift to cool down,the one characteristic making up for the other;some are slow to anger and slow to cool down, the one characteristic making up for the other;the best of you are those that are slow to anger, and swift to cool down and the worst of you are those who are swift to anger and slow to cool down.' (At-Tirmidhi)


Inilah kehidupan. bukan mudah nak menjaga iman,tetapi usaha untuk menjaganya mestilah sentiasa dilaksanakan, istiqamah.. InsyaAllah.. I trying to get myself into.
Patience is a virtue. Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang.. sometimes there will be something that always drag me into 'madness of anger' atau 'marah giler'.. But I`m just keep quiet.. take a deep breath and.. Fuhh..Sometimes release and sometimes 'accident', terbabas.. Kebaboom..!!

Oh, my God!!
My Physics class in just 15 minutes..

I`m coming...
I will continue..


Inilah hakikat kehidupan..Sometimes we are brought up by the wheel and vise versa. so, as a humankind we actually should have our vision and mission to achieve in our life. Let our life full of hapinness and barakah.Hmmm.. Talk about happiness... What is the most happy moment in my life??

Alamak.. Lupa la...

Let me list here:

>> when I got something that I really want using my tulang empat kerat.
>> When I meet my beloved person especially my parents and my family.
>> When I got a chance to have a happy time playing tenpin bowling more than
five games.. Hahahaha..(nak tercabut tangan)
>> When my friends sincerely celebrate my birthday even I know they all are really
tired.
>> when somebody make me smile and gelak terguling-guling(especially my sis)
>> When I met someone that I really love in my live..*wink*wink(muka gatal...)
>> When I easilly cool down and get low tendency to get angry..(=P)
>> When I can hang out with my friend till night(Pit and Ila, bila lagi?Haha..)
>> when I reward myself(???)
>> When I got a chance to sleep..

And the important point that actually I`m going to write is about my birthday celebration organised by all my beloved friends Ika, Ana, Ayu, Wani, Izah, Yaya, AJ, Ereen,Joan,Iram, and etc.. I don`t really remember because all of you make me really happy at that night.. Thank you so much for your nice cake and my favourite nasi lemak.. Hehehe.. Thank you so much..!! muaah100x..=)Thanks a lot for your birthday presents,





syiqah : Thank you for your nice gift, snow globe yg comel gler.. Luv u so much!!
Alif : Thank you for your Kinder Bueno,even dah cair, but still mmm.. yummy..
Amirul : Thank you for your Ferrero Rocher, ada 3 kan. Aku mkan satu, Ika satu and
Ana satu.. Sharing is loving..Hahahaha..
Zulfazli : Thanks jugak ko punya Chocolate.. Sedap coklat ko. Ada raisins..












Mmmm.. what a nice day I have..!!

Monday, February 9, 2009

Aku dan kehidupanku(3)

Hari ini aku rasa cukup bertuah kerana dapat berbual dengan Ustazah Zakiah. Tujuan asalnya memang nak tanya mengenai assignment yang aku kena hantar dalam masa dua hari lagi, tapi selepas itu biasalah. Dah lama aku tidak berborak dengan ustazah. Macam-macam cerita keluar.. Hehehe..

Rindu sangat nak jumpa cikgu-cikgu yang telah berhempas-pulas mengajar kami semua dulu. Tiba-tiba terimbau kembali kenangan semasa sekolah menengah dulu. Aku dulu pernah menjadi posmen karat kepada rakan-rakanku.. Pernah naik turun jumpa MT BKP sebab disyaki bawak handphone ke asrama. Macam-macamla..

Dapat berborak dengan ustazah walaupun tak lama sudah cukup menyenagkan hatiku. Sudah cukup membuatkan hati aku bersemangat semula untuk meneruskan hidupku di sini. Banyak perkara yang telah kitaorang bincangkan sebenarnya. Sungguh aku berasa tenang apabila berbicara dengannya. Open minded dan senang berbincang.



Biasalah, sudah pasti banyak soalan cepu emas yang terpaksa aku jawab. Dan aku sudah menjangkakan dari awal perbualan lagi apabila topik couple dibangkitkan oleh ustazah.

Ustazah : Macam mana couple-couple bahagia time sekolah dulu?
Aku : Hmm.. tak tahulah ustazah..(buat-buat tak tahu sebab tak nak bocorkan rahsia)
Ustazah : Tak kanla tak tahu. (Tiba-tiba..) Nawal dengan Izzad ape cerita?

Hah sudah…. Mati aku nak menjawabnya..

Aku : Tak tahula ustazah.. Bahagia kot..(Memang aku tak tahu pun)

Minta maaflah kepada rakan-rakanku, aku dah terlepas cakap la kat ustazah. Tak tahu macam mana ustazah boleh tahu. Tak dapat tidak, benda yang benar terpaksalah aku mengiyakannya

Ustazah : Kamu macam mana? Takkanla tak ada orang kot.. mesti ada punya.

Sudah.. Mati aku..

Aku : Tak adalah ustazah.. Siapalah yang nakkan saya ni..
Ustazah : Tak mengapa.. Jangan putus asa. Terus berusaha. Sambil menyelam minum air

?????
Aku tertanya-tanya apa maksud ustazah..


Ustazah : Kalau kita tak berusaha, sampai bila-bila pun kita takkan dapat. Kita
jangan terlepas peluang. Peluang datang sekali sahaja dalam hidup kita.
Bila kita dah habis belajar, susah kita nak cari. Lelaki kan semakin
sedikit.. Hahahaha

Dalam ketawa ustazah itu, aku tahu ada benarnya. InsyaAllah ustazah.. Doakan saya bertemu seseorang yang mampu memimpin dan membahagiakan hidup saya. Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang fitrah seorang manusia..


Selepas berbual dengan ustazah, tiba-tiba hati aku terdetik. Macam manalah cara aku nak berusaha? Pernah tak anda terfikir? Takkanlah aku nak buat iklan pamirkan diri sendiri pulak kan.. Tak malu betul.. Tapi betul juga kata ustazah,jodoh tak kan datang sendiri kalau kita tak mencari.

Hmmm...
Kata-kata ustazah membuatkan aku semakin gelisah.…



Ustazah : Kalau boleh, lagi baik cari pelajar smap jugak.. Senang. Lagi bagus,
jangan Cari yang sebaya, cari yang tua sikit..


Aduh.. lagilah pening kepala aku.. Senior pun aku tak kenal.. Tak pernah nak ambil tahu pun.. Huhu..

Tak mengapa lah.. Memang betul apa yang ustazah cakap tu. Mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian yang telah berlaku dalam hidupku… Allah takkan bebankan umatNya jika kita tak mampu menanggungnya..

Saturday, January 24, 2009

Aku dan Kehidupanku (2)

Sekali lagi aku berbicara mengenai kehidupanku.
Kisahku kini kembali..

Kehidupan seharianku kini sepi. Kerja-kerja harianku aku settlekan dengan tulang empat aku sendiri. Selagi aku mampu, aku berupaya tidak perlulah rasanya aku meminta bantuan sesiapa. Bukan sombong atau tidak mahu dibantu, tetapi aku bertegas dengan pendirianku sendiri untuk berdikari. Ada juga rakan-rakan baikku memberi cadangan yang aku rasakan memang logik .

Kau patut cari bodyguard la..


Bukan aku tak mahu, tetapi aku merasakan kehadiran orang kedua dalam hidupku membuatkan aku rasa serba tidak kena. Munkin juga tidak kena pada masanya, atau munkin juga naluri untuk disayangi itu masih kurang. Cukuplah dahulu sekadar kasih sayang daripada keluargaku yang aku rasakan cukup membahagiakan diriku.

Alah.. Apa salahnya…Perasaan bukankah sepatutnya dikongsi?

Sudah pastilah.. Memang patut dikongsi. Bukankah hari-hari kita memang berkongsi perasaan dengan seseorang yang kita tidak perlu ragu-ragu lagi kasih sayangnya? Cuba kita ingat kembali, hari-hari kita sujud kepadaNya, berdoa kepadaNya, meluahkan isi hati kepadaNya, memohon kekuatan dan ketenangan daripadaNya. Aku merasakan itu semua sudah cukup buat diriku.

Hmmm…

Bantuan daripada rakan-rakanku dan lecturer sudah pasti yang aku harapkankan dikala aku memang memerlukan. Terima kasih atas bantuan kalian semua. Walaupun sudah pasti ada suara-suara sumbang yang bernada mengejek, mengatakan aku munkin hanya mengambil kesempatan atas kebaikan insan-insan yang sudi menghulurkan bantuan. Mahu sahaja aku katakan aku ini sudah menjadi milik orang. Bukan dengan niat mahu menipu tetapi sekadar mahu menundukkan suara-suara sumbang dibelakang sana yang kadang-kadang merimaskan diriku..

Pedulikan saja diaorang tu..

Kadang-kadang semasa perjalanan balik ke kolej, ada juga rakan-rakan sebaya denganku menegurku. Meskipun berlainan course aku bertuah student di sini sebenarnya peramah belaka. Apa yang mengejutkan aku, setiap kali ditegur sudah pasti aku akan ditanya,

“Akak pelajar tahun berapa?”.

Sebelum menjawab pertanyaan mereka sudah pasti aku terlebih dahulu tersenyum sambil menggeleng kepala.

“Saya tahun satu jugak la.”

Sudah selalu sangat aku diajukan soalan sebegitu. Kata mereka tidak pernah pula mereka lihat aku bersama pelajar-pelajar perempuan tahun satu yang lain. Itu sudah pastilah kerana kebanyakkan classmateku adalah lelaki. Ada juga yang masih ragu-ragu dengan course yang aku ambil (bukan budak engineering.). kata mereka tidak pernah pula mereka tahu tentang course yang aku ambil. Serba sedikit aku menerangkan kepada mereka. Sudah pasti ada sahaja soalan yang akan ditanya.

Mekatronik itu apa?
Elektronik pernah la dengar..


Hehehe.. sudah pastilah aku sendiripun tersenyum dengan soalan yang sebegitu. Penerangan yang serba seikit aku berikan dengan harapan tiada lagi soalan yang ditanya kerana aku sudah letih. Seharian aku dimakmal kejuruteraan. Dari pagi hingga petang membuatkan aku kadang-kadang malas mahu melayan sesiapa. Tetapi itu bukan sifatku.

Orang lain pun kelas sampai petang jugak.. Tidaklah sepenat mana pun…

Sudah tentulah sebab kebanyakkan kelas mereka bermula bukan diawal pagi sepertiku. Satu hari sahaja kelasku bermula pukul 10.00 pagi. Hari-hari yang lain, semuanya bermula pukul 8.00 pagi. Bayangkanlah seawal 6.40 pagi aku sudah termenung seorang diri di café menunggu bas. Berbekalkan komik Kreko ataupun Detektif Conan, aku melayan perasaan seorang diri tanpa aku pedulikan pandangan orang lain.

Apahal lah minah ni, pagi-pagi lagi dah gelak sorang-sorang..

Tak pasal-pasal orang cakap aku tak betul pulak. Nak buat apa lagi, takkanlah aku nak baca buku Elektronik Digital pagi-pagi buta sambil tunggu bas. Nerdnya aku..

Wednesday, January 21, 2009

Aku Dan kehidupanku

Aku bertuah hari ini dapat bangun awal walaupun sebenarnya kelas Elektronik Digital aku dibatalkan..(Accidently sahaja bangun awal.Hehe..) Macam biasalah selepas merayau dibilik rakan-rakanku yang lain, barulah kutahu sebenarnya lecturerku MC hari ini. Aku pun meneruskan agendaku untuk sanbung tidur semula hingga pukul 9.30 pagi kerana kelasku bermula jam 11.00 pagi.Sudah menjadi kebiasaanku untuk menghadiri kelas sejam lebih awal daripada masa yang sepatutnya.

Setelah menghadiri kelas TITAS pada pagi ini, aku terimbau kembali kenangan ketika di tingkatan 4 dan 5 semasa belajar subjek Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran dan AS-Sunnah. Sungguh aku rasa bertuah kerana lecturer yang mengajarku persis ustazahku, Ustazah Zakiah Othman, cikgu Syariah aku dulu semasa di tingkatan 4 dan 5. Tajuk yang diajar pada hari ini ialah mengenai Sejarah Tamadun Islam dan Perkembanganya. Selagi lagi aku rasa bertuah kerana inilah tajuk kegemaranku sejak aku di sekolah menengah lagi(tajuk-tajuk dan bab lain.. hampeh..).

Sekali lagi aku rasa bertuah kerana kebanyakkan term-term yang diperkenalkan sudahpun aku ketahui walaupun bagai nak gila aku belajar bahasa Arab semasa aku disekolah menengah dulu. Kebanyakkan rakan sekuliahku sebenarnya tidak tahu latar belakang persekolahanku kerana aku hanya berpakaian sempoi ke kelas. Setakat berT-shirt dan jeans yang membuatkanku berasa lebih selesa menjalani rutin harianku di kampus. Bukanlah aku tidak pernah atau tidak suka berbaju kurung, tetapi aktiviti dan pembelajaran yang membataskan aku untuk berpakaian begitu(ala-ala muslimah Sejati). Tapi aku bersyukur kerana penganganku masih sama walaupun imejku sedikit berubah. Tidaklah berubah sebanyak mana, sebab kalau senior-senior zaman sekolahku juga sudah faham sangat akan keperibadianku yang bukanlah seperti kata orang `ayu`.

Kepada rakan-rakan sekuliahku yang baru tahu, yang aku ni budak sekolah agama, minta maaflah. Munkin aku tidak dapat menjadi ikutan yang baik kerana perangaiku juga ala `gila-gila` dan `sempoi habis`. Kadang-kadang sekali lagi aku rasa bersyukur kerana Allah SWT itu sebenarnya Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Munkin ada hikmahnya aku ditempatkan di sekolah agama selama lima tahun. Bukan nak berbangga atau hidung tinggi, aku sering menjadi tempat rujukan mengenai beberapa perkara dalam kehidupan seharian di kolej dan termasuklah bab nikah, kahwin, cerai, dan rujuk. Wah.. Advanced sungguh rakan-rakanku. Aku rasa menjadi kewajipanku untuk menyampaikannya kerana aku belajar mengenai hal tersebut. Sabda Rasulullah SAW
Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat
Tetapi, sekadar aku ingat dan tahu sahaja. Aku tidak malu menjawab persoalan yang aku rasakan kita semua wajib tahu. Tambahan pula aku belajar mengenai perkara-perkara tersebut(walaupun aku tahu budak-budak sekaolah menengah harian juga belajar tetapi tidaklah sedalam yang aku pernah belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah. Hehe..)

Semasa menulis entry ini pun ada juga rakan-rakan sekuliahku yang menegurku kerana aku khusyuk menaip di PC PSZ. Bukan apa, sekadar hobi dan melepaskan apa sahaja yang aku rasakan sesuatu perkara itu bermakna dalam hidupku. Setiap hari-hari yang aku lalui di Kampus kurasakan ada makna yang tersirat kerana aku bakal hidup berdikari lagi. Tetapi kali ini kurasakan lebih mencabar kerana bukan terpaksa berjauhan dengan keluarga(itu sudah biasa kerana sudah lima tahun aku tinggal di asrama), tetapi terpaksa hidup dikampus seorang diri. Huhu..

kenapa?
Tak ada orang ke di kanpus tu?



Bukan.. sebab semester yang berikutnya kelasku hanya ada dua orang perempuan. Sedihkan?

Itulah.. Siapa suruh pilih Course yang tak ada perempuan..



Bukan sengaja, tetapi dah memang minatku yang sudah kurasakan sebati dengan jiwaku.
Mana tidaknya masa aku di tingkatan 3 lagi aku sudah bertanyakan Mengenai PIC daripada kakakku yang kurasakan berada tahun tiga pengajian degree. Bukanlah salah mak-mak dan ayah-ayah saudaraku yang merasakan anak-anak saudara mereka ini dah terbalik. Yang Lelaki ambil course Managemant, yang perempuan ambil Engineering.
Nak buat macam mana pakcik.. makcik..paksu..maksu.. Inilah kehidupan kami..