Selepas mendapat respon positif daripada Syazni Alia, Azfar Hafiz berasa lega dan ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dia yakin Alia juga berperasaan seperti dia.
***************
Selepas keputusan SPM diumumkan Alia dan Azfar masing-masing memperoleh keputusan yang cemerlang dan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Azfar mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala Alia menolak untuk berjauhan dengan keluarga. Alia membuat keputusan untuk belajar di dalam negara dalam jurusan kejuruteraan.
"Jangan la risau, ibu.. KL dengan Cheras tak jauh beza.. Bukannya new environment ibu. InsyaAllah, Alia boleh jaga diri. Bukan Alia pergi UK.. KL je bu.." jelas Alia.
"Ibu tahu. Bukan itu yang ibu maksudkan. Ibu tahu anak ibu berdikari orangnya. Masakan ibu nak lepaskan Alia belajar kat boarding school masa umur Alia 13 tahun"tegas ibu.
"Dahtu ibu.. Kenapa nak risau?" Alia masih tak faham.
"Ibu cuma tak nak jauh-jauh lagi dengan anak ibu. Ibu ada Alia je. Kalau ayah outstation, mesti ibu sunyi,"jelas kegusaran seorang ibu untuk berjauhan dengan anaknya sekali lagi.
"Jangan risau bu. Alia boleh balik tengok ibu selalu. Setakat KL bu, dekat je" ujarnya lagi. Mahani sudah tidak dapat menyangkal kata-kata anaknya lagi. Dia terpaksa akur dengan kehendak anaknya itu.
Menjadi pelajar tahun akhir bukanlah mudah bagi Syazni Alia. Tambahan pula sebagai seorang pelajar kejuruteraan. Masih ada dua hari lagi untuk dia menghantar thesis untuk projek tahun akhir.
Tangannya leka menaip mesej pesanan untuk dihantar kepada supervisornya. Tanpa melihat ke hadapan Syazni Alia tanpa sengaja terlanggar seseorang.
"Sorry, sorry, sorry. Saya kelam kabut sikit tadi" ujar Syazni Alia sambil tangannya pantas mengutip buku catatan dan beberapa fail miliknya.
" Tak apa, saya faham. Final year student kan.. Mesti kelam kabut" ujar Shahril Akmal. Syazni Alia senyum lalu terus berlalu pergi tanpa mempedulikan Shahril Akmal. Syazni Alia berlalu pergi sambil diperhatikan oleh Shahril Akmal.
"Lantaklah, aku bukan kenal pun mamat tu," bisik hati Alia.
***************
Penutup komputer ribanya dikuak. Ternyata bermode hibernate. Azfar terlupa mematikan komputer ribanya malam tadi gara-gara tertidur di meja belajar.
"Tinggal lebih kurang tiga minggu sahaja lagi rupanya. Cepat betul masa berlalu.." bisik hatinya sambil jarinya ligat menyentuh skrin tabnya. Applikasi planner di tabnya diteliti satu persatu. Memeriksa jika ada tarikh penting perlu tindakannya. Ternyata dalam masa terdekat tiada perkara penting yang perlu dia lakukan. Cuma dia teringat pesanan ringkas daripada Alia minggu lepas masih belum dia balas.
• Assalamualaikum. Maaf Lya, saya sibuk sikit minggu lepas
Beberapa minit kemudian, mesejnya berbalas.
• Waalaikumussalam. Takpe. Lya faham. Lya kat sini pun sama. Tak lama lagi dah nak start internship.
• Alhamdulillah. Lega rasanya. InsyaAllah, kalau semuanya berjalan
lancar, saya akan pulang ke M'sia hujung bulan nanti :)
• Seriously?
• InsyaAllah. Lya dah sedia?
• Sedia? Sedia untuk apa?
• Untuk jadi suri hidup Azfar..:P
"Alamak, ni kategori propose ke apa ni? Nak jawab apa ni?" Alia mundar -mandir di bilik tidurnya. Mujurlah dia di rumah. Kalau di kolej, sudah pasti teman sebiliknya tidak senang duduk dengan tindak-tanduknya. Tiba-tiba notifikasi telefon bimbitnya berbunyi.
• Amboi, lamanya nak reply.. Azfar gurau.. Jangan ambil hati.
Hee.. :D
Mesej terakhir Azfar dibiarkan tanpa di balas. Azfar sedikit kecewa dengan tindakan Alia. Memang dia bergurau, tetapi soalannya serius. Dia perhatikan kereta yang lalu lalang dari tingkap bilik. Buku kecil berwarna ungu diselak. Satu persatu. Entah kali ke berapa di ulang-ulang baca. Tak pernah jemu. Tulisan kecil dan kemas itu saban hari menjadi tatapannya tatkala hatinya dirundung perasaan rindu. Berjauhan dengannya bukanlah sesuatu yang mudah. Hanya teknologi
menjadi penghubung mereka.
Alia masih berkira-kira untuk membalas mesej Azfar. Dia sedar hubungannya dengan Azfar sejak setahun lepas sedikit renggang gara-gara kehadiran orang ketiga. Bukan dia tidak percayakan Azfar, tapi sedikit sebanyak kesetiaaan yang sudah hampir 5 tahun dipertahankan sedikit goyah memandangkan keadaan mereka yang berjauhan. Terpisah antara dua benua. Sudah banyak suka duka yg dia lalui. Dia sudah banyak berkorban perasaan. Satu persatu kesetiaannya diuji. Baginya, semua lelaki sama. Suka menganggap wanita lemah dan senang diperbodohkan.
Telefon bimbitnya berdering lagi. Skrin telefon bimbitnya terpampang notifikasi panggilan video menerusi applikasi Skype. "AZFAR HAFIZ ". Panggilan video tersebut diabaikan. Dia masih belum bersedia untuk jawab sebarang soalan daripada Azfar Hafiz.
*************
"Ibu Azfar dah telefon ibu. Katanya dia dengan keluarga akan datang minggu depan," jelas Mahani kepada anaknya. Hal itu tidak perlu disembunyikan daripada pengetahuan Alia. Alia cuma tersenyum. Masakan dia tidak tahu mengenai hal itu.
"Alia serahkan semua ni pada ibu dan ayah. Selama ni ibu dan ayah dah ikutsemua kemahuan Alia, jadi kali ni Alia ikut persetujuan ibu dan ayah. Baik bagi ibu, baik juga bagi Alia," jawabnya jujur.
Mahani melepaskan nafas kelegaan. Takut juga kalau-kalau Alia menolak. Alia memang sukar diramal sikapnya. Sebagai seorang ibu, sudah pasti Mahani tahu bagaimana tindak-tanduk anak tunggalnya itu.
Hujung minggu itu, Azfar Hafiz dan keluarga datang untuk menunaikan hajat yang selama ini mereka tunggu-tunggu. Syazni Alia kini sah menjadi tunang Azfar Hafiz. Majlis berlangsung dalam suasana sederhana dan hanya dihadiri saudara mara.
Bersambung.......
P/s: sorry semua. Ambik masa lama sangat utk sambung... hiks. kalau xpaham, boleh baca part 1 ye.. atau boleh capai part 1 dgn label cerpen. TQ